Friday, August 04, 2006

Aura dari Medan, Indonesia

Salam sejahtera,

Dah nak masuk 1 pagi ni, baru sahaja pulang dari menghadiri perjumpaan Smart Naco anjuran Pemimpin-pemimpin Utara di Safira Club, Seb. Jaya sebentar tadi. Walaupun pada awalnya kehadiran hanya separuh dewan namun setelah hampir separuh jalan - dewan meeting mula di banjiri oleh hadirin sampai tak muat tempat duduk.

Walaupun dah kerap sangat aku datang meeting macam ni, tapi malam ini aku dapat aura dan ilmu baru. Setiap kali meeting memang ada sajalah ilmu yang dapat dan bila balik ke rumah memang susah nak lena...so, lebih baik aku ber-online selalunya sampai 2:30 pagi.

Malam ini memang panas, dengan ucapan buka minda dari PD Rohaizat atau kami panggil Abg Jat. Hebat berkata-kata dan lebih hebat kerana apa yang di katakan telah di kotakan....
Suasana ceria dan gelak ketawa dengan ucapan beliau yang bersahaja dan mantap menghiburkan rata-rata orang yang baru nak mula dan yang masih belum menyertai Smart Naco ( Siapa kata di utara dah tepu....... ramai lagi yang tak tahu)

Semua pemimpin - pemimpin yang berpendapatan 5 angka ke atas dalam 15 orang di berikan masa 2 minit untuk memberikan kata-kata perangsang kepada hadirin yang baru....

Sessi yang menaikkan semangat dan aura aku ialah apabila video perjumpaan besar-besaran yang di adakan di Medan tempohari di tayangkan.... Berlatar belakangkan lagu motivasi dan suasana yang tak boleh di ucapkan dengan kata2 ..... begitu ramai sekali hadirin macam Konvensyen naco di KL tempohari pulak dah ...... . 2 rangkaian besar di Medan iaitu di bawah SPD Rafie dan SPD Rahman membawa lebih daripada 1,200 orang ke dewan meeting yang di jangkakan hanya 500 orang sahaja.

Malahan di beritahu, PV di sana hanya akan di ambil kira pada bulan september, sudah ada seorang SPD di Medan dan sudah ada 2 stokis di buka di sana ....... hebat ! Masih ramai leader2 yang berada di Medan pada ketika ini.....

Saya juga berkesempatan berbual dengan salah seorang rakan niaga (rakan saya) di dlm rangkaian yang lain di Smart Naco mengenai booth yang beliau buka di Pisa semasa Expo keusahawanan minggu lepas. Ada 2 booth dari pengedar smart naco dan beliau mengatakan sambutan di luar jangkaan dan ada 2 orang yang katakannya ke expo usahawanan itu semata-mata kerana nak mencari produk IgG-Plus !! Dan mereka tinggal di Bukit Jambul sahaja ....tak jauh dari stokis Smart Naco !!!!! Market tepu lagi ke ??

Malam ini juga ada 2 keajaiban yang aku dapat lihat :

1. Sepasang suami isteri datang dari Brunei semata-mata nak menghadiri perjumpaan Smart Naco dan mendengar ucapan dari SPD Ishak yang mereka ketemu pada awal 2006.

2. Seorang insan cacat yang berjalan menggunakan tangan beliau sanggup datang meeting walhal begitu ramai pengedar2 yang sifatnya sempurna tidak dapat hadir kerana alasan yang sudah biasa kita dengar. Dan aku memang amat terharu apabila melihat beliau keluar dari dewan mtg dengan berjalan menggunakan tangan - dan ianya merupakan satu suntikan semangat buat aku dan anda yang membaca sepatutnya !

Jumpa anda di puncak kejayaan !

SPD Khairul Aza

Bersama saya di Smart Naco dan Smart Success Team - klik di sini

0 Comments:

Post a Comment

<< Home