Saturday, July 01, 2006

Sessi Coaching bersama rangkain baru dalam Smart Success Team dan Smart Naco

Salam sejahtera....

Dah 2 hari berturut-turut aku mengadakan sessi coaching dengan 2 pengedar baru di dalam Smart Naco dan
Smart Success Team yang memang benar-benar bersemangat dan komited dalam bisniss ini. Lagipun setelah aku mempromosikan SISTEM MANUAL KEJAYAAN SST terbaru dan juga sessi coaching kepada seluruh rangkaian aku , aku sendiri mesti melakukannya....

Seperti mana apabila aku menyarankan 30 VCD dalam sebulan - bulan di mana aku menyarankan aktiviti tersebut aku sendiri menghantar 45 VCD kepada prospek dan di mana ianya telah melahirkan lebih daripada 5 potensi leader baru di dalam rangkaian isteri aku.

Di antaranya ialah Muhamad Hanafiah di Kuala Lumpur, Rosaidah Said dan Razak Jazuli di Johor Baru, dan Azizan Hashim di Kota Kinabalu . Ini semua UPCOMING LEADERS di dalam rangkaian aku dan jika anda menyertai mereka anda LEBIH BERTUAH sebab aktiviti penajaan mereka sedang dalam MOMENTUM yang cukup HEBAT ! Mereka sedang membina rangkaian dengan kaedah 312 dan anda mungkin bertuah jika anda cepat ....

Untuk sessi coaching ini aku bermula dengan seorang muka baru dalam MLM iaitu En Badrul dari Sungai Petani. Kali kedua aku jumpa beliau di Sungai Petani beliau dah sempat beli buku "15 Efektif Teknik Internet Marketing" tulisan Fuad Latip.

Turut serta ialah upline beliau iaitu En. Zaki. Sessi awal kami penuhi dengan sessi suai kenal. Bertanya khabar dan mengenali di antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi. Aku memulakan sessi dengan memberikan sedikit penerangan tentang pelan pemasaran Smart Naco. Di sebabkan beliau masih baru dalam MLM, aku tak memberikan info pelan pemasaran secara detail, aku hanya outlinekan sahaja cara-cara untuk mendapat pangkat Manager di dalam bulan pertama. Biasanya , aku menggalakkan rangkaian yang komited untuk melakukan samada 2 matlamat di bawah di dalam bulan pertama mereka :

1. Capai pangkat Manager dengan membina rangkaian dengan 3,000 PV
atau
2. Capai pangkat Manager dengan membina rangkaian dengan 6,000 PV

Cara pertama membolehkan mereka memperolehi pendapatan 3 angka dalam bulan pertama dan cara kedua membolehkan mereka memperolehi pendapatan 4 angka dalam bulan pertama.

Selesai penerangan ringkas ttg pelan, aku memulakan sessi dengan menggunakan booklet SISTEM MANUAL KEJAYAAN SST. Pertama aku menerangkan serba ringkas kepentingan TEAM dan SYSTEM. Kemudian, aku go thru 10 LANGKAH PERSEDIAAN di dalam manual satu persatu. (Beliau order Business Card - Langkah 5)

Kemudian aku memulakan sessi PENETAPAN MATLAMAT. Terlebih dahulu 4 aspek penting dalam SST aku tekankan iaitu I-M-F dan tindakan. (IMPIAN, MATLAMAT, FOKUS dan TINDAKAN). Sessi matlamat berjalan lancar. Badrul menulis matlamat beliau untuk di capai 6 bulan dari sekarang. Jumlahnya dan tarikhnya semua di tulis di dalam booklet dan beliau menutup ikrar komitmen dengan menandatangi matlamat beliau. Alhamdullilah ..... macam sessi nak kahwin lak .....

Kesungguhan Badrul untuk mencapai matlamat beliau dalam masa 6 bulan memang mengagumkan dan bulan pertama beliau set untuk capai pangkat MANAGER. Tahniah .....

Sessi bermula pada pukul 3 ptg dan berakhir dalam pukul 5:30 ptg....

Semalam bersama dengan PD Yusa, aku ke Ipoh untuk mengadakan sessi coaching dengan satu lagi rangkaian aku yang baru. Beliau dah lama terima VCD dari aku, kalau tak silap pada bulan Jan 2006 yang lepas. Cuma kali ini beliau sudah bersedia untuk menyertai Smart Naco dan Smart Success Team. Bak kat orang.... "Bila studentnya dah READY, Cikgu pun DATANG".....

Aku sampai Ipoh pada pukul 9 malam, terus ke area TESCO dan berjumpa beliau di Nasi Kandar Nasmir. Roslizal namanya dan beliau membawa seorang rakan bersama. Seperti biasa, sessi perkenalan di mulakan....

Rosli lebih HEBAT sebab beliau mempunyai matlamat dan impian yang besar. Dan aku yakin jika ada bimbingan dan sokongan yang sempurna beliau mampu pergi jauh di dalam bisniss Smart Naco ini. Sessi matlamat berjalan lancar dan untuk bulan pertama, Rosli juga komited untuk naik ke pangkat Manager minima.

Kami bersurai dalam pukul 11 malam dan dalam perjalanan balik ke Penang, aku terima SMS dari Rosli pada pukul 12:15 pagi menyatakan rakan beliau juga join malam tur..... HEBAT !
Sampai rumah aku terus tidur sebab hari Khamis aku ada appointment. En. Kasmani dari KL turun ke Penang sebab ada kenalan beliau nak join Smart Naco bersama-sama Smart Success Team.
Jika anda belum lagi mengadakan sessi coaching dengan rangkaian baru anda...mulakan sekarang ! Jika mereka komited kepada bisniss mulakan dengan SISTEM MANUAL KEJAYAAN SST....

Wassalam.

Khairul Aza

0 Comments:

Post a Comment

<< Home