Tuesday, June 27, 2006

Sepanjang Jalan dari Banting ke Johor Bharu

Salam sejahtera.....
Perjalanan ku kali ini adalah menuju ke tiga destinasi dalam membantu rangkaian mengembangkan lagi sayap mereka di seluruh Malaysia. Perjalanan bermula pada 24 Jun dan berakhir pada 26 Jun 2006.

Aku bertolak dari Pulau Pinang dalam pukul 10 pagi. Bersama aku pada kali ini adalah PD Ashriee dan PD Yusa. Destinasi pertama adalah ke Banting, iaitu untuk menghadiri pembukaan rasmi stokis Banting.

Semasa berhenti makan dan menunaikan solat di perhentian jejantas Sungai Buluh, kami di kejutkan dengan berita pemergian salah seorang ahli rangkaian SST yang aktif di Sarawak dari SPD Che Din. Kehilangan Allahyarham Awang Faezal sangat menyedihkan aku kerana beliau semasa hayatnya begitu komited dengan perniagaan
MLM Smart Naco dan SST. Post-post beliau di forum memang selalu ada. Takziah di ucapkan pada keluarga beliau. Anda boleh layari blog Allahyarham di http://hayatico.bravejournal.com .

Kami meneruskan perjalanan, walaupun di sepanjang jalan dari Pulau Pinang hujan turun kadang-kadang lebat dan kadang-kadang renyai-renyai. Hanya setelah tiba ke Klang,hujan berhenti sepenuhnya.... .

Pembukaan Stokis Banting di adakan pada pukul 4 petang. 3 tetamu khas iaitu aku selaku upline dan wakil pengedar, En Azhar dari Smart Naco dan jemputan khas iaitu Dato Dr Syed Ahmad pengerusi Kelab Pidato Malaysia di berikan ruang dan peluang untuk memberikan sepatah dua kata.

Jika anda berada di Banting dan kawasan sekitarannya, sila lah datang ke
stokis banting di : No. 38A, Tingkat 1, Blok1, Jln Emas 7, Bandar Sungai Emas, Banting. Ianya berhampiran dengan TESCO Banting. Banyak ruang meletakkan kenderaan anda.

Menarik juga ilmu yang di pesankan oleh Dato Dr Syed Ahmad. Aku sempat juga membeli sekeping CD motivasi beliau. Dalam pukul 7 ptg kami terpaksa bergegas ke KL sebab ada perjumpaan SST di Lotus INN , Kuala Lumpur pada pukul 8:30 malam.

Dah nasib.... termasuk jalan Bukit Bintang di KL.... apa lagi jam teruklah. Sampai ke hotel penginapan pada pukul 9:30 malam. Lepas makan secara ala-kadar, akhirnya sempat juga ke LOTUS INN pada pukul 10:30 malam. SPD Zul , SPD Che Din, PD Rizal, PD Fauzan dan PD Rashidi dah back-up.... so, aku sampai dan terus memberikan sedikit ucapan tentang SISTEM KEJAYAAN SMART SUCCCESS TEAM. Kehadiran lebih daripada 60 orang ahli SST di Bandaraya Kuala Lumpur.

Sampai 12 malam aku dan PD2 yang lagi memberikan sessi coaching secara personal kepada rangkaian masing-masing selepas meeting.

Di Johor Bharu, selepas check in pada ptg ahad , aku bersama dengan PD Ashriee pergi makan tengahari di Pan Puteri atas jemputan rakan kongsi aku, En Kasmani. Banyak yang dapat di perbincangkan. Pukul 4 ptg balik hotel dan aku terus menyediakan slide utk malam nanti. Che Din pulak yang baru sampai dengan SPD Zul sibuk chatting dengan rangkaian beliau dalam bilik hotel ....

Malam di JB ...meeting penuh sesak .... memang hebat SST JOHOR BAHARU. Boleh di katakan semua rangkaian aku ada wakil pengedar yang hadir di JB. Boleh di katakan dalam 80-100 orang hadir untuk mendapatkan ilmu pada sessi latihan SST di JB. Di sebabkan ramai yang nak berkongsi pengalaman, meeting berlarutan sampai 11:30 malam dan HABIS semua SISTEM MANUAL KEJAYAAN SST yang aku bawa....

Memang HEBAT tour latihan SST kali ini.... sebelum pulang ke Penang sempat juga pekena sarapan di tempat yang popular di JB atas jemputan En Kasmani.... menariknya sebab di situ di penuhi dengan gambar-gambar lama turutan sejarah di Malaysia....

Tengahari makan di Nasi Beriani Gam di Senawang....sebab SPD Zul dah "gian" nak makan nasi beriani kambing kat situ ......

SST .... jumpa kami dalam Tour dan RoadShow seterusnya !

Khairul Aza

0 Comments:

Post a Comment

<< Home