Wednesday, July 19, 2006

Perjalanan ke Pahang

Salam sejahtera...

Semalam pukul 6 petang baru aku sampai ke Penang selepas 3 hari di Pahang iaitu di Raub dan Kuantan.

Perjalanan kali ini, aku bawa Team B iaitu PD Wahab dan juga PD Azri ataupun lebih di kenali sebagai A&W. Persinggahan pertama adalah di Perhentian Jejantas Sungai Buloh sebab PD Wahab dah janji dengan downline dia kamarul, khairul azman dan Zaini nak belanja Sate kat sana. Sampai pukul 1 ptg... lepas tur baru bertolak ke Raub.

Di Raub kami mencari tempat penginapan dan akhirnya mengambil keputusan untuk bermalam di Rumah Rehat Raub. Lepas makan ptg (malam la tur) aku terserempak pulak dengan salah seorang downline aku (dah jauh dah.... levelnya) di Raub. Abg Aziz datang dengan rakan2 dia. Apa lagi kami pun ajak mereka join meeting pada malam tur.

Meeting di Tabung Haji di Raub tak jadi sebab penganjur tak dapat, aku dan Abg Amran (rangkaian Nik) buat keputusan nak buat di Rumah Rehat saja. Ala-kadar saja, dapat buat di tempat cafe kat situ... ada lah kedatangan dalam 25 orang dari rangkaian yang tak di sangka-sangka... Brother Zaini dan team dari KL pun turun jugak. Hebat dia nie !

Kali ini di Raub, PD Azri jadi MC dan PD Wahab adalah salah seorang speaker... kongsi pengalaman. Kami turut menjemput PD Fikri dari rangkaian Abg Aziz bercakap. Hebat orang nya...

Selepas meeting - pergi makan roti tempayan dengan Abg Amran... memang dia nie cekap dengan tempat2 yang ada banyak makanan2 yang sedap2.

Di Kuantan.... Rashidi dari KL turut serta sebab beliau ada di Temerloh. Sekurang-kurangnya beliau dapat menambahkan bilangan kehadiran di sana sebab tak ramai rngkaian SST di Kuantan - maklumlah baru nak bertapak...

Macam biasa PD Rashidi bagi marketing plan - menarik betui..... .

Oklah perjalanan memang hebat... di Raub secara tak sengaja Abg Aziz dan rangkaian dia ada sama dan di Kuantan pulak, PD Rashidi dan team ada jugak bagi memeriahkan majlis....

Macam biasa jugaklah...selepas meeting pi makan roti canai pulak kat kuantan bersama Mgr Zainal (orang baru SST) dan team beliau.

Esoknya sebelum balik downline Wahab datang - makan lagi .... kali ini di Tanjung Api.

Balik ke Penang dan singgah makan tengahari di Genting Sepah sebab PD Wahab dah teringin sangat nak pekena sekali lagi nasi lemak kat sana....

Hebat Team B SST ini..... Siap posing dengan mercedes lagi tur....

Wassalam.... abis dah perjalanan makan2 buat duit SST kali ini !

Kaz

0 Comments:

Post a Comment

<< Home