Tuesday, July 04, 2006

The Master Program

Salam sejahtera ....

Lama tak update, banyak juga perkara yang nak di tuliskan di sini. Dalam beberapa hari kebelakangan ini, aku banyak menghabiskan masa coaching rangkaian dan menimba ilmu pengetahuan terbaru... Buku terbaru yang aku sedang baca adalah tulisan John C Maxwell bertajuk " Developing the Leaders Around You". Menarik buku ni, aku baca pun dah nak hampir separuh.

Tapi jika anda nak beli buku ini dan masih rasa perlu lagi "shape"kan anda punya leadership skill, cari dulu buku dia yang bertajuk "The Leader within You". Banyak idea-idea menarik dalam buku ini yang boleh di guna pakai dalam membina rangkaian yang mantap di
Smart Naco dan Smart Success Team khususnya. Kepimpinanan amat penting dan ianya adalah tunjang kekuatan rangkaian yang anda bina di dalam perniagaan MLM Smart Naco. Kemantapan barisan dan keupayaaan rangkaian anda bergantung kepada bilangan dan kekuatan pemimpin di sekeliling anda.

Saya tertarik dengan kaedah bagaimana nak membina pemimpin yang di bentangkan dalam buku tersebut. Salah satu simple strategi yang di terangkan ialah dengan menggunakan Kaedah BEST.

Apa itu kaedah BEST di dalam membina pemimpin yang berkaliber dan mengenal potensi rangkaian anda ? Untuk membina pemimpin kita MESTI memberikan BEST kepada mereka terlebih dahulu iaitu :

1. B - Believe in them (Anda kena percaya kepada mereka, yakin yang mereka BOLEH melakukan tanpa syarat)

2. E - Encourage them (Anda kena sentiasa memberikan semangat, dorongan dan suntikan motivasi sentiasa kepada mereka di sepanjang perjalanan mereka menjadi seorang pemimpin yang berkaliber)

3. S - Share with them (Anda kena sentiasa BERKONGSI perkara-perkara seperti ilmu yang anda dapat, informasi terkini dan lain-lain dengan mereka)

4. T - Trust them (Anda kena sentiasa mempercayai mereka. Kejujuran mereka dan kemampuan mereka di dalam menjalankan perniagaan ini)

Dengan memberikan mereka BEST, anda dapat menilai dan meningkatkan POTENSI DIRI yang ada di dalam diri rangkaian anda yang selama ini mungkin terkubur di situ sahaja.

Bercakap pasal lain pulak.... maklumlah aku ini suka mencari ilmu dan yang terbaru aku jumpa setelah membaca Newsletter dari Joe Robson (newbieclub) mengenai satu MASTER PROGRAM yang menarik.

MASTER PROGRAM ini macam workshop sahaja dan ianya percuma .... jika anda enroll sebagai STUDENT (percuma) anda sudah boleh mendapatkan MASTER Program di dalam pelbagai ilmu di internet dan Network Marketing.

Aku enroll sebagai student sebab salah satu kursus yang ada bertajuk " Compelling Copywriting For Direct & Network Marketing " .

Jika anda berminat sila enroll secara PERCUMA dengan
klik di sini.....

Ok. Jumpa anda di PUNCAK KEJAYAAN....

Wassalam.

Khairul Aza

Smart Naco >>>>
http://www.wave4team.ws

0 Comments:

Post a Comment

<< Home