Monday, May 29, 2006

Laman Web Smart Success Team di kemaskini !

Salam sejahtera,

Dah lama aku tinggalkan laman web smartsuccessteam ni. Sekarang ini baru nak update dan kemas kini kan balik laman web kumpulan ini. Okay, aku dah upload yang terbaru tetapi link dalam web masih belum lagi siap.

Aku nak dapatkan kerjasama semua Warga SST untuk memberikan link dan maklumat blog anda untuk di masukkan ke dalam direktori laman web smart success team. Anda akan mendapat promosi online percuma dengan berbuat demikian. Laman web smart success team di suatu ketika dulu memang ranking di search engine agak tinggi....

Jadi untuk menghantar link dan informasi blog anda sila klik di sini .

Kepada warga SST yang sudah mendapat status PD anda boleh menghantar biodata anda untuk di masukkan di dalam SST Hall of Fame. Ianya akan menambah kredibiliti anda dan secara tak langsung mendapat promosi percuma di internet. Sila hantar dengan kadar secara dengan klik di sini .

Selain daripada kedua-dua ruangan untuk warga SST secara khusus, saya juga akan menyediakan training Jump Start Smart Naco melalui emel dalam sedikit masa lagi. Sekurang-kurangnya 10-12 emel akan di hantar dalam 2-3 hari sekali. Di harap latihan melalui emel ini akan dapat mempercepatkan learning curve pengedar-pengedar baru Smart naco. Latihan yang di hantar melalui emel ini adalah latihan generic di mana ianya bukan sahaja untuk ahli-ahli Smart Success Team tetapi semua pengedar Smart naco yang mempunyai emel boleh mendapatkan latihan ini..... .

Bagaimana dengan bisniss Smart Naco anda di penghujung bulan ini ? Nampak gayanya ramai yang mengambil kesempatan membuat promosi di dalam musim cuti sekolah ini. Ada yang bercuti sambil promosikan smart naco, ada yang menghadiri kenduri sambil hulur-hulurkan VCD testimoni, ada yang mengambil kesempatan cuti untuk menziarahi sahabat-handai dan lain-lain. Pokok pangkalnya anda mesti terus menjalankan SDA anda (Single-daily-action) yang akan membawa anda dekat kepada matlamat dan impian anda.

Teruskan usaha anda mempromosikan Smart Naco, Smart Success Team, IgG-Plus dan Green Factor secara berterusan dan berkonsisten.....

Jika anda nak dapatkan rahsia bagaimana bekas seorang jurutera perolehi pendapatan tahunannya selama ini yang sekarang adalah pendapatan bulanannya , sila klik di sini dan hantarkan informasi anda - saya berjanji akan membantu anda jika anda ada kemahuan !

Wassalam...

Khairul Aza

Tuesday, May 23, 2006

Sepanjang jalan .... Kota Kinabalu dan Keningau


Salam sejahtera....

Hari ini aku menghabiskan masa di rumah sahaja. Tetapi Single-Daily-Action masih aku buat. Aku call beberapa orang prospek, follow-up dengan beberapa orang yang telah aku berikan VCD dan juga menghubungi 2-3 orang downline yang aku sedang coach mereka. Dan menghabiskan masa membaca buku tulisan Mitch Albom, " The 5 people you meet in heaven" yang aku beli di LCC Terminal sementara nak menunggu flight balik ke Penang.

Apa kata kita meniti perjalanan di Sabah tempoh hari, semoga ianya dapat menjadi iktibar dan inspirasi kepada anda semua untuk mencapai impian yang selama ini terpendam !

Perjalanan yang jauh bermula di awal pagi sabtu 20 mei. Aku dan Che din bertolak ke Penang Airport awal pagi dan sampai sebelum pukul 7:20 pagi. Check-in dan sampai ke KL dalam pukul 9:30 pagi. Sampai KL Airport iaitu di LCC terminal barulah kami bersarapan pagi. Flight ke Kota Kinabalu pada pukul 2:30 ptg so masa-masa yang terluang kami gunakan untuk berbincang jadual SST bulan Jun dan seterusnya menetapkan program-program yang akan di adakan oleh SST.

PD Halim sampai tepat pada masa kami nak check-in. Perjalanan ke KK mengambil masa 2 jam setengah. Tiba di airport, Ustaz Azizan sudah menunggu kami di sana. Terus ke Tang Dynasty Hotel tempat di mana kami akan menginap. Dah pukul 6:30 ptg dan meeting akan bermula pada pukul 8:00 malam. Apa lagi, terus keluar dan mencari tempat untuk makan malam. Kami ke tepi pantai sebab ada nampak pelbagai gerai di sana. Ehem... punyalah banyak nasi dan lauk nya sampai kenyang ... maklumlah tengahari tak makan !

Di tempat meeting dah ramai yang hadir. Kehadiran di KK lebih daripada 45 orang. Ada rangkaian dari Ustaz Azizan, ada juga downline aku yang lain-lain spt Mat zin, rangkaian dari Che din dan Yazid, rangkaian Zul Hassan dan juga rangkaian dari Halim dan Ramli di Kelantan.


SST bertapak di negeri di bawah bayu !


Meeting berjalan lancar (ada yang datang dari Sandakan, Ranau dan lain2).

Lepas meeting kami terus mengadakan perbincangan kumpulan. Sampai ke bilik suite pun masih ada yang datang berbincang ....

Esok pagi .... perjalanan ke Keningau akan bermula..... Selepas sarapan Ustaz pick-up kami dengan Unsher beliau... sebelum ke keningau sempat mengambil masa selama sejam membeli mutiara dan kristal nak buat cenderahati balik ke rumah. Wah .... laku mutiara akak-akak tur hari nie... Halim beli, Zul beli, Che din beli dan akupun beli .....


SPD dan PD sedang membeli mutiara untuk cenderamata utk keluarga di rumah



Bermulanya satu perjalanan yang memeritkan ....

Perjalanan ke Keningau dari KK lebih kurang 120 km sahaja. Namun di sebabkan kami akan merentasi Banjaran Crocker, perjalanan nya memang sukar dan jalannya berbukit dan bengkang bengkok. Mula-mula semuanya rancak berbual.... at last habis ke tiga-tiga orang yang duduk di belakang tertidur di sebabkan jalan yang kurang menyenangkan buat kali pertama bagi kami.

Semakin hampir ke puncak, udara semakin nyaman.... kabus mula kelihatan walaupun masa nya tengahari. Di puncak ada tempat berehat iaitu di panggil Gunung Emas. (Memang sejuk sekali air di situ.....).

Dari puncak Gunung emas kami mula menyusuri ke bawah banjaran. Bila sampai di Tambunan suasana jalan semakin lurus....


Di puncak Gunung Emas bersama SPD Che Din

Akhirnya tiba di Hotel Juta, Keningau. (Kalau aku masih lagi bekerja..... jangan haraplah nak sampai ke sini....)

Lepas makan tengahari dalam pukul 4:30 ptg, dapat jugak kami berehat menghilangkan sakit kepala masa perjalanan tadi. Cikgu Kamarudin yang menyediakan semua tempat di keningau, kami jumpa pada petang itu walaupun beliau sibuk sebab buka booth IgG-Plus Smart Naco semasa Pesta Kaamatan di Keningau....

Meeting bermula pada pukul 8:30 malam. Kehadiran tidak ramai dalam 10 orang tetapi semuanya berkualiti belaka. Habis agak lewat sebab setiap yang datang bermotivasi tinggi nak belajar dan belajar .... lepas meeting barulah makan malam..... esok pagi kena bangun awal-awal utk balik ke KK.

Pukul 7:30 pagi kami ke Restoran Seri Keningau iaitu tempat makan yang di rekomenkan oleh orang-orang yang kami jumpa. Mereka nie dari semenanjung dan memang menjadi tempat makan tumpuan umat Islam di sini. Jumpa semula dengan En Mokhtar (juga orang semenanjung). Lepas makan, taxi driver yang kami panggil iaitu en Yahya (juga atas recommendation orang-orang yang pernah ke keningau) tiba.....

Perjalanan balik rasa macam kejap pulak. Lepas tur tak lah pening kepala sangat - macam biasa sahaja. Mungkin di sebabkan kami dah biasa......

Flight dari KK pada waktu tengahari dan dari KL ke Penang malam. Akhirnya selamat sampai ke rumah pada pukul 11:30 malam.

Satu perjalananan dan satu kenangan yang menarik. Malah pertemuan pertama akan membuahkan pertemuan seterusnya mungkin sampai ke Ranau, Tenom, Sandakan dan Tawau - manalah tahu......

Dan amat menarik sekali ialah sewaktu pulang dari Keningau di dalam perjalanan balik ke KK , sebuah kereta kancil yang penuh dengan penumpang ada sticker Smart Naco di cermin belakangnya..... eh..eh..eh.... dalam hati, " Downline siapalah agaknya "

Semoga kehadiran kami dapat di jadikan INSPIRASI untuk anda maju setapak lagi di dalam Smart Naco dan Smart Success Team. Mungkin di lain pertemuan, anda akan menjabat tangan kami dan berkata ,

" Terima kasih kerana datang sebulan yang lalu... kerana anda datang, ianya telah merubah kehidupan saya seratus peratus."

Dan ianya lebih bermakna buat kami daripada jutaan ringgit - wang ringgit tidak dapat membeli penghargaan yang anda berikan ......

Terima kasih buat pemimpin di Kota Kinabalu iaitu Ustaz Azizan yang menyediakan semuanya di KK dan membawa kami ke Keningau dan thank you buat Cikgu Kamarudin yang melakukan yang sama di Keningau.

Salam sejahtera........

Khairul Aza

Wednesday, May 17, 2006

National Achievers Congress 2006

Salam sejahtera...

Minggu yang penuh dengan aktiviti !

Aku bermula dengan mengadakan perjumpaan SST di Stokis Sungai Buloh. Tahniah kepada En Zainal Azman yang telah mengorak langkah bijak menyertai Smart Naco, mencapai tahap Presiden Direktor dan kini membuka stokis di Sungai Buloh.

Pada mulanya kedatangan kurang rancak, namun selepas 9:30 malam, bilik meeting sudah mula penuh sampai tak cukup kerusi. Walaupun suasana agak panas, namun kehangatan dan kehebatan Smart Naco lebih terserlah. Di ucapkan ribuan terima kasih kepada rombongan 8 orang networkers dari Indonesia yang turut hadir dalam meeting SST kali ini.... Tahniah di atas keputusan anda untuk menyertai Smart naco dan sama-sama mempromosikan produk seperti IgG-Plus, Green-Factor, Cell renew dan Royal Jelly dll.

Turut memberikan sumbangan ucapan dan kongsi kejayaan ialah PD Zubir dari Gombak, PD Asrie dari Balik Pulau Penang, SPD Che Din dari Kepala Batas Penang, dan SPD Zulkifli Hassan dari Balik Pulau Penang. Juga turut memberikan ucapan ialah En Shafie yang memberikan tips beliau dalam dialect Indonesia khas buat tetamu dari seberang yang turut hadir.

Terima kasih buat En Rosli Jamal penulis buku "Klik untuk kaya" yang menghadiah buku beliau kepada kami. Selamat datang ke SST.

Aku dan Zul stays di Pan Pacific Hotel kerana kami akan menghadiri National Achievers Congress pada 15 dan 16 Mei di PWTC. Seminar Master of Success ini di anjurkan setiap tahun oleh Success Resources Sdn Bhd. Kami hadir sebab salah seorang mentor kami iaitu Jim Rohn adalah speaker utama di dalam kongress kali ini.

Lebih daripada 3,000 peserta dari pelbagai bidang dari CEO, MLM networkers, insurance dan unit trust consultants, internet markerters, real estate agents dan business men menghadiri seminar kali ini.

Jim Rohn adalah speaker pertama dan beliau bercakap tentang , " Seize the day... there is no better time than now."

Kata-kata terakhir beliau ialah :

"From testimonial and personal exprience we have enough information to conclude that's possible to design and live an extraordinary life". - Remember it and teach it

Wow !

Speaker kedua ialah Ron Kaufman..... great speaker ! Memang terhibur sekali dengan aksi dan gelagat beliau dengan topiknya iaitu "Lifting You UP ! UP! UP".

Pada hari pertama seminar, Brett Mc Fall dan Tom Hua bercerita tentang bagaimana menjana kewangan melalui internet melalui topik mereka iaitu "How to create money out of thin air" dan "How to make money on the internet as easy as 1,2,3".

Wow - seminar yang penuh dengan ilmu - one full day. Aku sempat juga membeli salah satu pakej terhebat dari Jim Rohn iaitu Leadership Weekend seminar dalam DVD bernilai lebih dari RM1,200.

Masa makan tengahari sempat juga menaja seorang yang turut makan di meja yang sama sebab tempat penuh ..... wow!

Hari kedua di mulai oleh Dolf de Ross (merupakan salah seorang daripada Richdad's series advisor). Memang hebat - aku mula faham tentang real estate. Topik beliau ialah " The Great Real Estate Adventure". Dari pertanyaan peserta, ramai jugak aku rasa memang jutawan sebab hartanah yang mereka belipun nilainya berjuta-juta ringgit.....

Hari kedua berakhir dengan 2 lagi speaker iaitu Scott Friedman dan James Skinner. Scott bercakap tentang perlunya humour di dalam kehidupan kita untuk menghilangkan stress manakala James bercakap tentang perbezaan di antara yang berjaya dan yang gagal adalah GUTS untuk bertindak ....

Waktu makan tengahari aku set appointment dengan rakan sekolah aku dulu dan dia nak buat bisniss ni bersungguh2 dan nak berhenti kerja dalam masa 6 bulan. Okay ... aku akan bantu, InsyaAllah. Yang penting adalah komitmen dan kesungguhan dalam menjalankan bisniss Smart Naco bersama-sama Smart Success Team.

Rata-rata intipati seminar iaitu Success Begins in Your Mind - semua speaker bercerita ttg kejayaan hanya akan tercapai setelah kita mengubah pemikiran kita......

Teringat aku pada buku yang menjadi pujaan ramai ..... "Think and Grow Rich".

Jumpa anda di puncak kejayaan... oh ya untuk national Achievers Congress 2007, ianya akan di ketuai oleh Mark Victor Hansen..... and his team.....

Khairul Aza

Friday, May 12, 2006

Tugas adalah ketua

Salam sejahtera,

Bagaimana dengan perjalanan perniagaan Smart Naco anda ? Adalah ianya berjalan dengan lancar bulan ini? Ataupun apa yang hendak anda lakukan sejak 2-3 bulan yang lepas masih belum terlaksana? Ataupun anda baru saja menyertai Smart Naco. Jika baru sudahkah anda mencuba produk-produk Smart Naco seperti IgG-Plus, Green Factor, Cell Renew dan lain-lain?

Kenapa saya mengajukan soalan-soalan di atas ? Ini di sebabkan setiap aktiviti ataupun tabiat yang anda lakukan yang mendekatkan anda kepada impian anda di dalam perniagaan Smart Naco bersama Smart Success Team adalah TUGAS yang anda perlu laksanakan....

Jika anda sudah memiliki CD Manual Smart Success Team, anda akan faham mengenai tugas anda melalui aktiviti-aktiviti harian anda yang saya panggil SDA iaitu Single-daily-action . Kesemuanya ada 9M ....sila rujuk kepada CD Manual Smart Success Team. Jika anda masih lagi belum ada, sila hubungi upline terdekat anda yang berpangkat Presiden Direktor Smart Naco untuk mendapatkan salinan anda.

Bila kita bercakap ianya sebagai TUGAS - anda gusar, bukan ? Kerana apa ? Kerana sekiranya ianya satu TUGAS anda MESTI kena melakukannya.... jika tak buat.... anda macam tak dapat gajilah ataupun memang anda tak dapat kenaikan pangkat sebab BOSS anda melihat tahap kerja anda memang tidak bagus !

Bila kita membelek balik kerja di pejabat (jika anda bekerja makan gaji....), jika BOSS tak de, apa akan jadi ??? Kita buat kerja ? atau kita ponteng-ponteng buat kerja ... tak pa la esok boleh buat dan lain-lain... Kerana apa ? Kerana kita hanya akan buat bila ada BOSS....

Apa akan jadi jika anda business sendiri ? Macam buat bisniss Smart Naco ? Apa akan jadi kalau anda tak buat KERJA, tak buat TUGASAN anda ? Ada Boss datang tengok ? eh..eh.. tak ada.

Oleh kerana itu, biar di mana anda berada, makan gaji atau bisniss sendiri macam buat Smart Naco nier, undang-undang yang anda kena patuh ialah :

1. KERJA ADALAH KETUA

Apabila kerja anda adalah ketua, anda akan pasti buat kerja walaupun BOSS tak ada. Sama seperti di dalam Smart Success Team dan Smart Naco..... lakukan TUGAS anda, lakukan KERJA anda.... walaupun tanpa BOSS, anda tetap buat !

Apa tugas anda, apa kerja anda dalam Smart Naco .... periksa CD Manual SST ... semuanya ada 9M amalan harian anda....

Contoh :

1. Hadiri meeting - tugas anda , ya tugas anda kena hadir MEETING. (Hadir meeting macam mandi lah, kalau sehari tak mandi, badan rasa tak sedap.... kalau lama sangat tak hadir meeting... lama-lama kita akan lesap. Kalau tak pernah hadir.... jangan HARAP nak SUCCESS, minta maaf cakap)

2. Baca buku - tugas anda, ya tugas anda baca buku. Bukan susah, pergi kedai buku, beli senaskah buku yang ada kaitan dengan MLM ataupun untuk membina minda dan jati diri anda. Contohnya buku Jutawan MLM, buku Berubah untuk Kaya, 55 petua orang berjaya dan lain-lain. Tugas anda hanya BACA BUKU. PERIOD. Tugas adalah ketua - jadi kena baca buku.

3. Menghubungi prospek - tugas anda, ya tugas anda. Kena buat, tak buat tak de gaji ...

Dan Lain-lain.

Di dalam buku "kejayaan di tangan anda Multi level Marketing", penulisnya Jamal No meletakkan Undang-undang 10 dan undang-undang yang pertama ialah TUGAS ADALAH KETUA.

Baru lah kerja dan tugas boleh berjalan lancar. Nak tahu undang-undang yang 9 lagi. Beli Buku dan Baca sebab Baca buku tugas anda.

Wassalam.

Khairul Aza

Setiap bulan pada 1hb hingga ke 6hb.... Pemimpin-pemimpin Smart Naco di bawah En Mat Zin Ali telah bersepakat untuk mengadakan GRAND BUSINESS DEVELOPMENT SEMINAR di 6 buah tempat bermula di Alor Setar, Sungai Petani, Seberang Jaya, Bayan Baru, Taiping dan Ipoh.

Monday, May 08, 2006

Konvensyen Naco 2006 - kehebatan luarbiasa!


Salam sejahtera ....

Alhamdulilah, dah selamat pulang ke Penang....

Baiklah... apa kata kita berceriter pasal konvensyen pada 6hb mei yang baru lalu.... .

Aku bertolak dari Pulau Pinang dalam pukul 9:00 pagi. Kali ini aku bawa semua famili member aku. Turut bertolak bersama-sama ialah Zul dan family dan Che Din suami isteri.

Kami set berjumpa di Jejantas Sungai Buloh untuk berhenti makan tengahari sebelum meneruskan perjalanan ke Sunway Lagoon iaitu tempat di mana konvensyen Naco 2006 akan di adakan.

Sampai di Sunway Lagoon terus nak check-in ke hotel 5 bintang Sunway Resort Hotel. Tapi nasib tak baik gak, bilik-bilik belum lagi di cuci, hanya boleh check-in dalam pukul 4 petang. Susah jugak sebab bawa anak-anak bersama, maklumlah dalam pukul 3 petang ada rehearsal buat penerima anugerah Naco 2006.

Tak da pilihan lain, bawa anak-anak ke Grand Ballroom, mereka lepak di luar dan kami masuk ke dalam dewan untuk rehearsal. Letih jugak sebab rehearsal sampai pukul 5 petang. Nasib baik Che din ada, dapat gak minta dia tolong ambil kunci untuk anak-anak aku masuk ke bilik hotel dulu. Selepas rehearsal kami di arahkan untuk kembali ke VIP holding room dalam pukul 6:30 ptg. Jadi, yang mana stay kat hotel lain, masalahlah.... sebab bilik aku kat atas grand ballroom saja, ramai downline aku turut tumpang untuk menukar pakaian dan mandi....

At last... aku terlewat sampai ke VIP room dalam pukul 7:15 malam. Anyway, hanya selepas maghrib iaitu dalam pukul 8 malam baru kami bergerak ke grand ballroom.

Kami masuk ke dalam dewan dengan iringan tepukan dan siulan wisel2 yang turut di berikan kpd ahli-ahli yang datang pada majlis ini. Gamat juga susana....

Di pendekkan ceriter.... selepas Pengarah urusan Naco dan timbalan menteri kesihatan memberikan ucapan, makan malam dan sedikit hiburan di mulakan... Turut sama di raikan dan mendapat pengkitirafan ialah Tuan Haji Salleh. Dengar khabarnya Tuan Haji Salleh memang menjadi idola ahli-ahli Naco sebab semua berebut-rebut nak ambil gambar dengan dia... kalah Mawi.... bang oiii !!!

Sementara menantikan upacara kemuncak sempat juga aku berbual-bual dan mencari rangkaian SST yang hadir pada malam tur.Semua segak-segak belaka... kalah waktu kahwin dulu kot ! Dan kepada yang hadir memang bertuah sebab dapat 2 botol Cellrenew percuma dan juga senaskah majalah sulung Naco World yang juga memuatkan semua cerita-cerita penerima anugerah pada malam itu.... .

Masa yang di nanti-nantikan pun tiba.... Kesemua penerima anugerah adalah berdasarkan pencapaian Luar Biasa Hebat pada sepanjang tahun 2005. Kesemuanya ada 42 penerima anugerah. Dan 9 darinya adalah dari rangkaian SST. Satu persatu nama kami di umumkan dan nama-nama di paparkan di atas screen besar untuk tontonan semua.... Wow ! sesuatu yang tak pernah aku mimpikan akhirnya datang dengan cepat sekali. Inilah kali pertama aku menerima anugerah sehebat ini di dalam sepanjang penglibatan aku dalam MLM.

Masa berlalu dengan pantas sekali ... hanya hampir pukul 12 aku dan isteri boleh balik ke bilik hotel. Memang letih tapi berbaloi .

Esok petangnya SPD Che din mengadakan meeting di KL di mana aku turut serta memberikan tips sebelum bertolak balik ke Penang. CD Manual kejayaan SST memang tak cukup sebab tak sempat buat banyak2.... jadi kepada leader2 yang belum dapat, nanti akan kami usahakan....

Buat anda semua, untuk konvensyen seterusnya nanti, aku ingin saksikan ANDA PULA berada di ATAS PENTAS dan biarkan aku menjadi menyorak yang terkuat untuk anda....

Kalau nak pergi ke Umrah atau Korea secara percuma, pastikan anda menjadi Smart Presiden Direktor pada tahun ini dan mendapat insentif pelancungan iaitu 1% ......

Jumpa anda di Puncak keJayaan.... hari ini Impian ku tercapai, dan aku mengharapkan anda akan menyusul dengan LEBIH HEBAT lagi.

Hanya satu pesan ku..... FOKUS pada IMPIAN anda dan LAKUKAN apa yang anda letakkan sebagai MATLAMAT anda !

Wassalam.
Khairul Aza
Smart Presiden Direktor....

Rahsia Jutawan Internet MLM ...klik di sini !