Friday, May 12, 2006

Tugas adalah ketua

Salam sejahtera,

Bagaimana dengan perjalanan perniagaan Smart Naco anda ? Adalah ianya berjalan dengan lancar bulan ini? Ataupun apa yang hendak anda lakukan sejak 2-3 bulan yang lepas masih belum terlaksana? Ataupun anda baru saja menyertai Smart Naco. Jika baru sudahkah anda mencuba produk-produk Smart Naco seperti IgG-Plus, Green Factor, Cell Renew dan lain-lain?

Kenapa saya mengajukan soalan-soalan di atas ? Ini di sebabkan setiap aktiviti ataupun tabiat yang anda lakukan yang mendekatkan anda kepada impian anda di dalam perniagaan Smart Naco bersama Smart Success Team adalah TUGAS yang anda perlu laksanakan....

Jika anda sudah memiliki CD Manual Smart Success Team, anda akan faham mengenai tugas anda melalui aktiviti-aktiviti harian anda yang saya panggil SDA iaitu Single-daily-action . Kesemuanya ada 9M ....sila rujuk kepada CD Manual Smart Success Team. Jika anda masih lagi belum ada, sila hubungi upline terdekat anda yang berpangkat Presiden Direktor Smart Naco untuk mendapatkan salinan anda.

Bila kita bercakap ianya sebagai TUGAS - anda gusar, bukan ? Kerana apa ? Kerana sekiranya ianya satu TUGAS anda MESTI kena melakukannya.... jika tak buat.... anda macam tak dapat gajilah ataupun memang anda tak dapat kenaikan pangkat sebab BOSS anda melihat tahap kerja anda memang tidak bagus !

Bila kita membelek balik kerja di pejabat (jika anda bekerja makan gaji....), jika BOSS tak de, apa akan jadi ??? Kita buat kerja ? atau kita ponteng-ponteng buat kerja ... tak pa la esok boleh buat dan lain-lain... Kerana apa ? Kerana kita hanya akan buat bila ada BOSS....

Apa akan jadi jika anda business sendiri ? Macam buat bisniss Smart Naco ? Apa akan jadi kalau anda tak buat KERJA, tak buat TUGASAN anda ? Ada Boss datang tengok ? eh..eh.. tak ada.

Oleh kerana itu, biar di mana anda berada, makan gaji atau bisniss sendiri macam buat Smart Naco nier, undang-undang yang anda kena patuh ialah :

1. KERJA ADALAH KETUA

Apabila kerja anda adalah ketua, anda akan pasti buat kerja walaupun BOSS tak ada. Sama seperti di dalam Smart Success Team dan Smart Naco..... lakukan TUGAS anda, lakukan KERJA anda.... walaupun tanpa BOSS, anda tetap buat !

Apa tugas anda, apa kerja anda dalam Smart Naco .... periksa CD Manual SST ... semuanya ada 9M amalan harian anda....

Contoh :

1. Hadiri meeting - tugas anda , ya tugas anda kena hadir MEETING. (Hadir meeting macam mandi lah, kalau sehari tak mandi, badan rasa tak sedap.... kalau lama sangat tak hadir meeting... lama-lama kita akan lesap. Kalau tak pernah hadir.... jangan HARAP nak SUCCESS, minta maaf cakap)

2. Baca buku - tugas anda, ya tugas anda baca buku. Bukan susah, pergi kedai buku, beli senaskah buku yang ada kaitan dengan MLM ataupun untuk membina minda dan jati diri anda. Contohnya buku Jutawan MLM, buku Berubah untuk Kaya, 55 petua orang berjaya dan lain-lain. Tugas anda hanya BACA BUKU. PERIOD. Tugas adalah ketua - jadi kena baca buku.

3. Menghubungi prospek - tugas anda, ya tugas anda. Kena buat, tak buat tak de gaji ...

Dan Lain-lain.

Di dalam buku "kejayaan di tangan anda Multi level Marketing", penulisnya Jamal No meletakkan Undang-undang 10 dan undang-undang yang pertama ialah TUGAS ADALAH KETUA.

Baru lah kerja dan tugas boleh berjalan lancar. Nak tahu undang-undang yang 9 lagi. Beli Buku dan Baca sebab Baca buku tugas anda.

Wassalam.

Khairul Aza

Setiap bulan pada 1hb hingga ke 6hb.... Pemimpin-pemimpin Smart Naco di bawah En Mat Zin Ali telah bersepakat untuk mengadakan GRAND BUSINESS DEVELOPMENT SEMINAR di 6 buah tempat bermula di Alor Setar, Sungai Petani, Seberang Jaya, Bayan Baru, Taiping dan Ipoh.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home