Friday, April 14, 2006

Hanya Tuhan yang tahu .....

Salam sejahtera .....

Sepanjang bulan April ini, alhamdullilah.... aku dan rakan-rakan SST telah mengadakan pelbagai sessi latihan di SP, Ipoh, Alor Star, KL, Klang, Bangi,Shah Alam, JB dan Seremban....

Aku dapat rasakan satu kepuasan ...yang bukannya kerana wang tetapi kerana aku dapat memberikan apa yang aku tahu dan buat semoga rangkaian aku yang lain pun boleh mencapai kejayaan sebagai mana yang telah aku alami....

Aku bukannya orang hebat dalam MLM sebelum ini. Dah lebih 10 tahun aku jatuh dan mencuba MLM.. Alhamdullilah, akhirnya impian aku untuk menjadi BOSS sendiri pada tahun 2005 tercapai !

Sudah 2-3 hari aku on the road setiap malam dan sampai rumah lewat pagi. Aku dan beberapa rakan pemimpin yang lain baru-baru mengadakan sessi dialog dengan pihak pengurusan Smart Naco. Syukur, setelah berjumpa dan bersuai kenal dengan lebih rapat, keyakinan dengan pihak pengurusan telah menjadi LEBIH HEBAT DAN YAKIN LAGI..... dan aku rasa pemimpin yang lain-lainpun merasakan perkara yang sama.....

Marathon dialog .... dari pukul 3 ptg hingga ke 10 mlm - break minum ptg dan bersolat sebab di HQ di sediakan tempat solat berasingan untuk lelaki dan wanita. Walaupun kecil tapi alhamdullilah ada kemudahan bersolat di Smart Naco....

Balik ke Penang malam tur jugak.... Nik memang dah tak boleh drive malam-malam, jadi aku lah pulun membelah kegelapan malam di sepanjang highway ke penang.... pukul 3 pagi baru sampai.

Semalam ...sibuk pulak membuat analisa PV dan BV bagi memastikan tiada forms atau jualan yang tercicir dari rangkaian terutama sekali yang nak mencapai target-target tertentu !

Semalam aku di Alor Star... adalah 8 orang rangkaian SST di sana nak berjumpa bagi memberikan sedikit ilmu yang ada. Ada seorang leader aku di kedah yang bercerita bagaimana belaiu MEMANG DAH NAK GIVEUP apabila bonus dalam rm300 turun menjadi rm150 walaupun USAHA yang di berikan lebih 100 peratus dari bulan sebelumnya.... Ternyata kalau BELIAU GIVEUP dan berhenti memang beliau tak dapat menikmati BONUS 5 angka sekarang ini ! Apa tidaknya... bulan di mana beliau rasa nak GIVE UP....beliau dapat INCOME yang LUMAYAN dan sekarang dah mendapat pendapatan 5 angka sebulan !

Aku masih ingat pertama kali aku jumpa dia di Alor Star... masa tur aku bawa kembara saja dan beliau memang dalam kesempitan kewangan.... aku ingat dulu dia pernah kata, "Boleh ke saya buat bisniss ni?". Sebab dia memang tak pernah buat MLM.... Tapi sekarang alhamdullilah, berkat usaha dan kesanggupan beliau untuk belajar, akhirnya income yang dulu angan-angan dah terpampang di depan mata !

Ya... kadang-kadang kita give-up dan menyerah kalah di kala KEMENANGAN dah berada di depan mata.... Allah maha adil.... kalau kita berdoa, " Ya Allah Kau lepaskan aku dari kesempitan kehidupan dan Kau berikanlah aku kesenangan di dunia dan kebahagian di akhirat....".

Allah tak kan bagi kita DUIT .... secara terus, tetapi Dia ketemukan kita dengan PELUANG untuk mengubah nasib. Terpulanglah pada anda samada nak mengambilnya atau tidak....

Aku turut sebak bila ada ahli di dalam rangkaian aku yang mendapat pendapatan LUAR BIASA HEBAT tak sampai setahun menitiskan air mata apabila ibunya pernah di satu masa dulu memarahinya kerana tidak bekerja dan hanya buat MLM saja. Kini beliau berjaya. Alhamdullilah dan aku turut tumpang gembira kerana ada insan yang berjaya.....

Oh ya... rakan aku yang sama2 dengan aku menyewa sebuah ruang pejabat dah letakkan meja di sana. Aku berterima kasih padanya kerana dia sorang2 yang handle sebab aku selalu out-station.... nanti aku nak ke sana tengok suasana pejabat tur dan bagaimana aku nak buat perancangan sebagai ruang untuk aku merancang pergerakkan rangkaian SST.

Wassalam.

Jumpa anda di puncak kejayaan !

Khairul Aza
Smart Presiden Direktor Smart Naco

One VCD a day, FREEDOM is on my way

0 Comments:

Post a Comment

<< Home