Konvensyen Naco 2006 - kehebatan luarbiasa!

Salam sejahtera ....
Alhamdulilah, dah selamat pulang ke Penang....
Baiklah... apa kata kita berceriter pasal konvensyen pada 6hb mei yang baru lalu.... .
Aku bertolak dari Pulau Pinang dalam pukul 9:00 pagi. Kali ini aku bawa semua famili member aku. Turut bertolak bersama-sama ialah Zul dan family dan Che Din suami isteri.
Kami set berjumpa di Jejantas Sungai Buloh untuk berhenti makan tengahari sebelum meneruskan perjalanan ke Sunway Lagoon iaitu tempat di mana konvensyen Naco 2006 akan di adakan.
Sampai di Sunway Lagoon terus nak check-in ke hotel 5 bintang Sunway Resort Hotel. Tapi nasib tak baik gak, bilik-bilik belum lagi di cuci, hanya boleh check-in dalam pukul 4 petang. Susah jugak sebab bawa anak-anak bersama, maklumlah dalam pukul 3 petang ada rehearsal buat penerima anugerah Naco 2006.
Tak da pilihan lain, bawa anak-anak ke Grand Ballroom, mereka lepak di luar dan kami masuk ke dalam dewan untuk rehearsal. Letih jugak sebab rehearsal sampai pukul 5 petang. Nasib baik Che din ada, dapat gak minta dia tolong ambil kunci untuk anak-anak aku masuk ke bilik hotel dulu. Selepas rehearsal kami di arahkan untuk kembali ke VIP holding room dalam pukul 6:30 ptg. Jadi, yang mana stay kat hotel lain, masalahlah.... sebab bilik aku kat atas grand ballroom saja, ramai downline aku turut tumpang untuk menukar pakaian dan mandi....
At last... aku terlewat sampai ke VIP room dalam pukul 7:15 malam. Anyway, hanya selepas maghrib iaitu dalam pukul 8 malam baru kami bergerak ke grand ballroom.
Kami masuk ke dalam dewan dengan iringan tepukan dan siulan wisel2 yang turut di berikan kpd ahli-ahli yang datang pada majlis ini. Gamat juga susana....
Di pendekkan ceriter.... selepas Pengarah urusan Naco dan timbalan menteri kesihatan memberikan ucapan, makan malam dan sedikit hiburan di mulakan... Turut sama di raikan dan mendapat pengkitirafan ialah Tuan Haji Salleh. Dengar khabarnya Tuan Haji Salleh memang menjadi idola ahli-ahli Naco sebab semua berebut-rebut nak ambil gambar dengan dia... kalah Mawi.... bang oiii !!!
Sementara menantikan upacara kemuncak sempat juga aku berbual-bual dan mencari rangkaian SST yang hadir pada malam tur.Semua segak-segak belaka... kalah waktu kahwin dulu kot ! Dan kepada yang hadir memang bertuah sebab dapat 2 botol Cellrenew percuma dan juga senaskah majalah sulung Naco World yang juga memuatkan semua cerita-cerita penerima anugerah pada malam itu.... .
Masa yang di nanti-nantikan pun tiba.... Kesemua penerima anugerah adalah berdasarkan pencapaian Luar Biasa Hebat pada sepanjang tahun 2005. Kesemuanya ada 42 penerima anugerah. Dan 9 darinya adalah dari rangkaian SST. Satu persatu nama kami di umumkan dan nama-nama di paparkan di atas screen besar untuk tontonan semua.... Wow ! sesuatu yang tak pernah aku mimpikan akhirnya datang dengan cepat sekali. Inilah kali pertama aku menerima anugerah sehebat ini di dalam sepanjang penglibatan aku dalam MLM.
Masa berlalu dengan pantas sekali ... hanya hampir pukul 12 aku dan isteri boleh balik ke bilik hotel. Memang letih tapi berbaloi .
Esok petangnya SPD Che din mengadakan meeting di KL di mana aku turut serta memberikan tips sebelum bertolak balik ke Penang. CD Manual kejayaan SST memang tak cukup sebab tak sempat buat banyak2.... jadi kepada leader2 yang belum dapat, nanti akan kami usahakan....
Buat anda semua, untuk konvensyen seterusnya nanti, aku ingin saksikan ANDA PULA berada di ATAS PENTAS dan biarkan aku menjadi menyorak yang terkuat untuk anda....
Kalau nak pergi ke Umrah atau Korea secara percuma, pastikan anda menjadi Smart Presiden Direktor pada tahun ini dan mendapat insentif pelancungan iaitu 1% ......
Jumpa anda di Puncak keJayaan.... hari ini Impian ku tercapai, dan aku mengharapkan anda akan menyusul dengan LEBIH HEBAT lagi.
Hanya satu pesan ku..... FOKUS pada IMPIAN anda dan LAKUKAN apa yang anda letakkan sebagai MATLAMAT anda !
Wassalam.
Khairul Aza
Smart Presiden Direktor....
Rahsia Jutawan Internet MLM ...klik di sini !
0 Comments:
Post a Comment
<< Home