Wednesday, January 24, 2007

A Date With Smart Naco - MS Garden Kuantan Pahang

Salam sejahtera semua,

Dah lama tak update blog.... Sabtu dan Ahad yang lepas saya ke Kuantan Pahang mengikuti program A Date with Smart Naco di sana di samping memberikan sokongan kepada rangkaian SST di Pantai Timur.

Program kali ini menarik sebab ada Pengarah dari Kementerian yang memberikan lesen jualan langsung turut serta. Dalam ucapan beliau yang ringkas tapi jelas, beliau menyatakan jualan dari aktiviti jualan langsung meningkat setiap tahun. Pada tahun 2006, jualan nya berjumlah RM6.6 billion. Ini menunjukkan potensi jualan langsung di Malaysia amat luas dan terus berkembang. Beliau turut mengiktiraf pelan pemasaran Smart Naco sebagai yang mengikut lunas akta jualan langsung.

Di samping itu mesej dari kementerian juga amat jelas bahawasanya terdapat 2 aktiviti yang telah mencemar industri jualan langsung iaitu aktiviti Skim Cepat Kaya era internet (money games) dan juga skim gores dan menang. Oleh itu, kementerian akan memmbentangkan pemindaan akta jualan langsung 1993 untuk membolehkan tindakan di ambil ke atas penganjur skim-skim cepat kaya.

Satu kemenangan buat agen-agen jualan langsung yang menjalankan aktiviti mereka secara jujur dan mengikuti undang-undang .....

Majlis di Kuantan meriah dengan persembahan dikir barat dari UM dan juga dari Sabri Yunos. Seramai 9 orang Presiden Direktor dari Pantai Timur di raikan termasuk 4 orang daripada mereka adalah dari rangkaian SST.

Jumpa anda di Puncak kejayaan.....

Dream Big, Think Big and Start Small

Khairul Aza

0 Comments:

Post a Comment

<< Home