Monday, January 15, 2007

Banjir, Smart Naco dan Impian

Salam Sejahtera..... .

Alhamdulillah aku, Zul dan Ashrie selamat sampai ke Pulau Pinang jam 3:30 pagi. Terlewat sebab ada masalah kereta di Tapah R&R selama sejam.

Hari Sabtu jam 10 pagi berbekalkan semangat dan impian membina perniagaan Smart Naco bersama Smart Succes Team, kami bertolak dari Penang ke Johor Bahru. Harap2 tak hujan di sana dan semoga perjalanan kami lancar hari ini.

Ada juga beberapa rakan yang call beritahu berita yang terpampar di akhbar pada hari Sabtu tur mengatakan banjir di Johor semakin buruk. Tapi aku dah call Plus dan highway ok, belum ada lagi laporan di naiki air.

Di sepanjang jalan tur sebelum ke JB memang ada banjir di kiri kanan lebuhraya. Yang lebih bahaya sebenarnya ialah jalanraya highway yang berlubang-lubang di sana sini. Jadi pemanduan memang perlu berhati-hati sebab kalau silap-silap masuk lubang, boleh pecah tayar kereta.

Kami stay di Hotel Seri Malaysia, Larkin sahaja dan program Smart Naco akan di buat di Hotel Selesa. Jam berita 8 memaparkan suasana banjir yang amat dashyat tapi di sekitaran JB memang tak terjejas langsung, tiada banjir cuma jalan raya yang berlubang. Jadi kepada orang-orang yang tak ke sana memang tak tahu keadaaan sebenar.

Di hotel semua buka internet sahaja - liputan 3G dan edge dari maxis dan digi memang bagus. Laju macam streamyx jer. First SPD Zul dah lena dulu jam 9 malam (cepat nya tidur). PD Ashriee jam 12 dan aku masih ngan laptop sampai jam 1 pagi. Promote... promote...promote
Esoknya lunch di Pelangi Mall sebelum menuju ke Hotel Selesa. Sampai di sana belum ramai lagi orang yang datang cuma SPD Ishak, dan rakan - rakan dia dah ada dah. Team Rizal dan team dari Hj Rahman pun dah sampai.

Meriah sambutan Roadshow di Hotel Selesa. Ramai yang di raikan dan mendapat Kad PD mereka pada petang tersebut. Jam 5 petang majlis selesai. Yang bestnya ada 6 orang di jemput bercakap dan berkongsi pengalaman mereka. 3 daripada mereka adalah di bawah naungan Smart Success Team iaitu PD Khairul Rizal (my brother), PD M.Sharif dan SPD Azhar Ab wahab (zack).

Aku rasakan memang berbaloi majlis sebegini. Penuh dewan dan promosi produk baru berjalan dengan lancar. Kalau anda masih ingat dengan apa yang aku tulis tentang GIVE dan RECEIVE, kali ini giliran PD Ashriee pulak. 2 orang ahli baru masuk dan menyertai beliau dengan hanya SMS sahaja. Kedua-duanya dari jauh . Rasanya dari Kelantan dan Sabah. Itulah rahsia kejayaan GIVE and RECEIVE....

Alamak di Tapah R&R kereta aku buat hal pulak, bateri weak. Patutlah dah 2 kali alarm berbunyi semasa di Pelangi Mall dan di Tapah R&R. Nasib baik ada Plus punya telefon number (thanks Aza). Dalam sejam baru boleh jalan balik... tunggu jumper untuk jump-start bateri kereta tur.

Perjalanan balik di teruskan dan sampai kat rumah jam 3:30 pagi. Pagi tadi jam 11:30 aku start kereta nak check samada ok ke tidak. Alhamdullilah ok, so terus aku ke Millenium Mercedes .
Jam 1 ptg aku dah ada kat office di bandar perda sementara menunggu bateri baru.

Okay. Jumpa anda di puncak kejayaan.

Khairul Aza

1 Comments:

Blogger adil2604 said...

bro nak buat benda baru x???
100% downline matching income...
bukn binary n tiada flushing...
produk pertama dalam dunia berdasarkan kumpulan darah badan kita..
company baru 4bulan n sales dah 7 juta....
ape2 email adil2604@gmail.com
0123067886 faza....
utara blum ada kaki......
jadilah terawal......

2:01 PM  

Post a Comment

<< Home