Tuesday, February 28, 2006

55 orang Presiden Direktor !!!

Salam sejahtera ....

Hujung bulan nier sibuk sungguh. Nie pagi nie nak buat last submission untuk bulan Februari, ada lagi 80 kotak order yang belum masuk untuk bulan nier..... .

Semalam dah submit dah, hari ini submit lagi sebab ramai yang bank-in duit selepas dapat gaji .... gaji aku tak sampai lagi lar dari Smart Naco !!!!

Oklah... upline aku Wadi hari tur print semua family tree aku... boleh buat 3 ring files..... Kira punyer kira, dah ada 55 orang Presiden Direktor dalam SST terutama dari cabang2 di dalam Presiden Team dan Kumpulan JAMEKA. Tabik buat semua.... .

Aku sedang dalam mempergiatkan usaha mengembangkan sayap rangkaian isteri aku yang nak memcecah angka 1 juta PV ... so bulan Feb atau March aku rasa group wife aku boleh hit 1 juta.... group aku dah okay cuma aku akan gerakkan leader2 SST yang nak buat online dan berterusan berhubungan dengan leader Jameka dan President Team yang rata-rata adalah geng offline. Tak lupa buat 3rd leg aku iaitu geng-geng SmartBiz Team sebab mereka pun dah buat online dan offline. InsyaAllah kejayaan akan bersama-sama kita.

Mari sama-sama kita turun ke bawah dan bantu semua mencapai matlamat di dalam CABARAN 2006. Juga tahniah kepada at least 2 orang sahabat aku yang buat CABARAN 2006 yang nak capai pendapatan masing 2 dalam bulan Jun 2006, tetapi TERSASAR..... bulan Januari 2006 DAH CAPAI MATLAMAT. Tabik hormat Tuan !!!!

Wassalam. Okay nak pi stokis Prai buat submission .........

Khairul Aza

Smart Naco >>>> http://smartnaco.khairulaza.com

Internet Marketing Course >>> http://internetmarketing.khairulaza.com

Warm Your Internet Your WARM market >>>> http://internetprospect.khairulaza.com

Saturday, February 25, 2006

Sudahkah anda mencapai tahap MOMENTUM dalam bisniss anda?

Salam sejahtera .... ..

Penat jugak selepas mengadakan sessi latihan SST di Sungai Petani semalam. Ini adalah sessi ke dua dan dah nampak perubahannya dari segi kedatangan... Penuh bilik training semalam. Tahniah kepada PD Azri yang menjadi tulang belakang di dalam menggempur Sungai Petani untuk SST !!!

Aku banyak berceriter pasai Momentum dalam bisniss Smart naco. Keadaan sekarang adalah momentum yang terbaik untuk anda menyertai Smart Naco. Kerana sekaranglah Smart naco menjadi gerunan syarikat-syarikat MLM yang lain, produk yang mendapat sambutan dan testimoni kejayaan yang terlalu HEBAT. Bila lagi masanya ?? Era TV menyaksikan sesiapa yang ambil bahagian menjadi jutawan, begitu juga dengan era internet..... kini Smart naco sedang dalam momentum yang paling atas ... dan jika anda tidak "riding the waves" bersama2 anda akan ketinggalan ke belakang .... . Jadikan momentum syarikat dan momentum ANDA dalam bisniss ini seiring....

Aku ada juga menelefon rangkaian yang nak bergerak tapi dari nada suaranya TERLALU LEMAH nak mengatasi emosi sendiri... Baru sorang dua tak nak join, dah lemah ! Di mana momentum bisniss anda ???? Nak berjaya kena stretch betul-betul. Berapa lama seorang pelari pecut berlatih ????? Hanya sekadar nak berlari selama 9 ke 10 saat. Kalau anda benar-benar nak berjaya.... stretch yourself. Jika badan kata, no more appointment hari ini.... just do 1 MORE. Jika badan berkata, no more call hari ini..... just do 1 MORE. Jika anda dah jual 1 kotak IgG-Plus hari ini.... JUST do 1 MORE box hari ini....

Setiap hari 1 more 1 more 1 more - anda telah berjaya STRETCH diri anda ke arah KEJAYAAN !!

Tahniah juga kepada PD-PD baru untuk bulan Jan. Ramai yang aku sendiri tak tahu nama mereka, rupa mereka, dari mana dan lain2... cuma sekalung tahniah di atas kejayaan anda MEREALISASIKAN Impian anda selama ini.

Hari nie aku banyak menghabiskan masa membuat pembungkusan dan penghantaran produk dan sales kit kepada ahli-ahli baru.... . Lewat petang aku ke stokis Prai buat submission untuk bulan februari. Banyak lagi yang tak habis.... Kat sana jumpa dengan upline, Ishak.

Malam nie aku sedang menyiapkan Welcome Pack iaitu manual pengenalan SST buat ahli-ahli baru.... Nak manual nie kena lah jadi ahli SST dan Smart Naco dengan klik di sini.......

Wassalam.

Khairul Aza

Smart Naco >>>> http://smartnaco.khairulaza.com

- Pelaburan anda berbaloi dengan kedua-dua course ini -

Internet Marketing Course >>>> http://internetmarketing.khairulaza.com

Make the Internet Your WARM market >>> http://internetprospect.khairulaza.com

Monday, February 20, 2006

Digital vs Manual

Salam sejahtera ....

Hari nie punyer la susah nak call HQ..... maklumlah PV Jan. boleh check. Aku try banyak kali pada waktu tengahari sampai ke petang.... . Lewat petang jer baru okay. Tahniah lah kepada Presiden Direktor baru untuk sale bulan Januari. Ake sendiri terharu dengan kekuatan dan daya ketahanan anda semua. Alhamdullilah, akhirnya anda berjaya ke puncak .... namun perjalanan masih jauh lagi ....

Aku jugak sempat shopping kat SEC petang tadi. Bukannya aper, dah 2 minggu order TV tapi tak de stok lagi. Jadi semalam aku decide nak cancel order dan tukar dengan produk lain. Wife aku nak beli microwave, aku nak ambik Digital Kamera. So, bulan nier aku ambik digital kamera dan bulan depan, dia ambik microwave ... fair deal !!!!

Aku nak ambik digital kamera nier pun bukannya apa... pasai setiap kali buat roadshow atau training SST, cuma kamera aku jer yang pakai kodak dulu2 tur... yang lain semuanya berdigital. Buat bisniss pakai method hi-tech, tapi kamera jenis jurasic ... so, aku tukar ler ke digital. Maklumlah dalam jangka masa panjang, ianya lebih murah dan simple.

Lagipun setiap kali training dan roadshow, aku akan ambil gambar sebab ianya penting untuk merakamkan setiap perjalanan SST di seluruh Malaysia. Lagipun mentor aku, Jim Rohn cakap, hanya ada 3 perkara berharga yang patut di tinggalkan.... journal, gambar dan ehehehe.... dah lupa lak satu lagi tur.

By the way, sebelum aku buat Smart Naco, maybe aku akan mengambil masa setahun nak decide samada nak beli digital kamera ke tidak. Maklum sajer ler... budget terhad. Tapi sejak buat Smart Naco, rezeki melimpah, Alhamdullilah. Simple saja nak decide untuk beli digital kamera. memang banyak bezanya dulu dan sekarang.

Aku pun memang jenis yang suka ambil gambar terutama sekali gambar pemandangan ataupun landscape. Paling cantik punyer memori adalah gambar2 yang aku ambik masa belajar di Colorado (aku pilih Colorado sebab pemandangan nya yang unik) dan gambar semasa aku melawat Hakone Lake di Jepun semasa aku kerja selama setahun di Kanagawa-ken. Teringin nak pergi balik ke tempat-tempat macam tur.... .

Okay lar... melalut pulak. Hari ini aku rasa dah ada 3-4 prospek yang berminat nak dapatkan VCD.... esok aku ceriter statistik dia. Sekarang sibuk menaja balik sebab sedang memperkembangkan sayap ke 2 dan 3 dari rangkaian isteri saya yang sudah menjadi PD pada bulan dec yang lepas.

La.... banyak pulak sms masuk nak prospek....ok..ok...aku try bantu !!!!

Khairul Aza

Smart Naco http://www.wave4team.ws




Saturday, February 18, 2006

Going Local ....

Salam sejahtera,

Hari nier aku pi ambik signature untuk client-client public mutual aku. Lagipun aku belum beri mereka planner 2006 lagi. Jadi yang mana aku boleh jumpa aku jumpa mereka hari ini. Dengan pelancaran dana Syariah baru iaitu Public Islamic Dividend Fund, aku mengambil kesempatan untuk memberikan dana baru ini (kerana ada 1% unit free semasa waktu promosi) kepada client-client aku tur.

Hari pun memamg panas tengahari tadi. Sebelum aku pergi buat appointment aku jumpa dengan jiran-jiran aku yang buat bubur asyura hari nier.

Aku juga pergi berjumpa dengan rak lama ajak buat Smart Naco. InsyaAllah dia akan buat. AKu tinggalkan produk dan VCD untuk dia buat promosi. Aku nak fokus local jer buat masa nie.

Balik petang agak keletihan. Terlelap. Bangun dalam pukul 6 ptg aku terus contact prospek-prospek aku. Dapat lagi 4 orang yang nak VCD. Ada lagi yang aku akan passkan pada rangkaian aku di KL dan Negeri Sembilan. So, sekarang aku dah dan akan hantar 39 pakej.

Oh ya .... member aku call. Dia kata ada orang/prospek yang cuba call fix line aku tapi dapat line orang lain. Aku check kat laman web aku dan aku tak letak pun fix line cuma yang ada handphone. Jadi kepada sesapa yang nak call, sila guna handphone saya sebab kalau fix line betul pun mungkin saya tiada di rumah.

Khairul Aza

Thursday, February 16, 2006

Cepat sungguh masa berlalu....

Salam sejahtera....

Cepat sungguh masa berlalu. Hari tur pada Isnin yang lepas aku rasa baru jer balik dari outstation ke Johor dan Klang. Tut..tut.. hari nie dah hari Khamis.

Alhamdullilah, stok produk IgG-Plus dan stok VCD dah ada balik. Macam biasa. Semalam sahaja aku balun 700 keping VCD testimoni dan pelan pemasaran dari stokis di Prai. Lagipun pagi tadi aku courier 260 keping ke Shah Alam sebab ada rangkaian aku di sana yang akan ke Johor buka promosi kat sana.... so, aku kena pastikan VCD tur sampai pada hari Jumaat pagi sebelum mereka bertolak ke Johor.

Tak banyak aktiviti sponsoring aku selepas outstation ke Wisma kledang Johor, Kelab Usahawan UTM dan ke Smart Success Team centre di Klang. Cuma semalam aku ke Jeniang berjumpa dengan seorang usahawan yang berjaya yang memang pengguna produk nie. Dia masuk ahli dengan 3 kotak susu igg. Aku pun nyaris tak tersesat maklum ler di pertengahan jalan, hand set DIGI tak de line .... main hentam saja lar !

Sehingga hari ini, aku dah melepasi TAHAP MINIMA 30 vcd dalam CABARAN 2006. Sehingga kini aku dah buat 35 pakej termasuk yang aku call/sms dan jumpa personally. Aku juga dah MELEBIHI 10% sign-up rate sebab sehingga hari ini dah 5 orang (14%) yang menjadi ahli lengkap dengan pembayarannya sekali. Ada lagi yang berminat dan menantikan gaji sebelum membuat pembayaran. So, sekurang-kurangnya aku dah buktikan 30 vcd dan 10% sign-up rate bukanlah dari segi teorinya sahaja, tetapi ianya praktikal dan mampu di buat oleh sesiapa sahaja yang benar-benar nak kan perubahan dalam kehidupannya. Jadi aku dan Smart Success Team bukanlah seperti seekor ketam yang mengajar anaknya berjalan dengan betul. Kami lakukan dan kami buktikan. Sikit-sikit lama jadi bukit.

Kepada anda yang berminat nak join Smart Naco tetapi mendapati saya jauh dari tempat anda, jangan bimbang sebab saya ada rangkaian di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura. Jika anda nak jumpa face-to-face secara urgent, semuanya boleh di uruskan dalam masa yang singkat.

Minggu ini aku banyak buat call kepada prospek2 dan juga rangkaian aku di seluruh Malaysia. Ada prospek yang dulunya hot kini dah jadi suam (warm) .... tak tau pulak next !!!

Selain dari itu aku juga membaca sebuah buku yang bertajuk Wave 4 Way to Building Your Downline. Wave 4 way adalah era dalam membina rangkaian melalui kepimpinan. kerana pada masa ini dengan adanya kecanggihan hi tech internet, amat perlu sekali hi-touch ataupun sentuhan kepimpinan di dalam membina rangkaian. Amat menarik sekali buku ini dan InsyaAllah aku akan dapat menimba ilmu dari nya.

Okay. Aku ada hutang website kat downline aku, so kena pi buat keje ler pulak......

Wassalam.
Khairul Aza

Smart Naco :: IgG-Plus :: Smart Success Team >>>> www.wave4team.ws

Global Domains International :: 10 bucks to freedom >>> www.my.ws/trend2005

HotConference :: Avoid Traffic in holding a meeting globally >>> www.hotconference.com/members/smartsuccessteam


Friday, February 10, 2006

Cuaca panas berterusan .....

Salam sejahtera ...

Huh ...cuaca panas yang melanda sekarang nie masih lagi berterusan.... hari nier nak keluar rumah pun fikir banyak kali.

Semalam perjumpaan CABARAN 2006 Smart Success Team berjalan dengan lancar di Bayan Baru. Walaupun mood tak lah sehebat bulan lepas namun kehadiran di Pulau Pinang semakin bertambah. Aku terlewat ke tempat meeting semalam sebab mula jer pukul 6 ptg sampai 8 malam telefon asyik berbunyi samada sms ataupun panggilan yang aku kena jawap. Anyway matlamat untuk mengadakan meeting tercapai walaupun semuanya keluar diut poket sendiri tapi aku dan pemimpin SST yang lain puashati kalau hasilnya adalah bakal-bakal PD yang akan lahir daripada training programme yang kami buat.

Ada juga yang bertanya tentang closing teknik dan sebagainya .... bende-bende macam tur jangan di ajar dalam kelas memang tak real. Sesape yang nak belajar closing teknik ikut jer upline atau sponsor anda buat penajaan - baru menjadik. Dalam kelas meeting memang tak boleh di ajar. Ianya kemahiran yang perlu di ambil dan di ceduk dalam "real world".

Aku keluar menaja jauh-jauh walaupun cuma ada sorang dua pun aku belajar dari upline aku di dalam MLM yang dulu. Mereka datang dari jauh, aku bawa mereka jumpa prospek kat tempat aku dan aku hanya observe apa yang mereka buat. Dari situ aku belajar banyak dan aku amat-amat berterima kasih kepada mereka.

Hari ini selain daripada pergi ke Public Mutual BTW branch dan ke stokis Prai, aku banyak menghabiskan masa membuat panggilan telefon follow-up dengan bakal-bakal business partner yang kau hantarkan vcd tempohari. Alhamdulilah, response amat bagus sekali.

Hari ini aku buat 3 pakej VCD lagi menjadikan jumlah semuanya 24 pakej/sets (lagi 6 pakej). Selebihnya kau passkan kepada 3 orang ahi rangkaian aku (daripada 6 orang) yang aku personally mentor untuk menjadikan mereka seorang PD yang AMAT BERJAYA, InsyaAllah.

Jika anda nak kan rangkaian anda menduplikasikan sistem dengan betul, anda kena buat seperti apa yang anda katakan. Jangan lah jadi seperti seekor ketam yang mengajar anaknya berjalan dengan betul.

Aku juga banyak menerima permintaan laman web dari rangkaian aku satu Malaysia. Pening jugak pemikirkannya kalau buat sendiri. Bukannya apa, masa agak terhad... aku tengah dok cari balik rakan aku yang memang cekap dalam pembinaan laman web bermutu tinggi. Mungkin aku akan cari dia balik dalam 1-2 minggu ini dan langgan sistem dia untuk membina laman web yang berteknologi tinggi (kos pun tinggi ....) , mudah, dan berkesan.

OK. Jika anda masih tercari-cari satu peluang untuk memperolehi pendapatan tambahan ataupun untuk mencapai impian anda selama ini, saya ada jalannya. Hantar informasi anda di sini. Jika anda ikhlas untuk berjaya, saya akan bantu setakat yang mampu. Klik di sini.

Wassalam

Khairul Aza
www.wave4team.ws

Monday, February 06, 2006

30 vcd sebulan - Part 2

Salam sejahtera .... .

Aku plan nak ke Public Mutual Butterworth Branch pada sebelah pagi... tapi tak jadi sebab ada banyak urusan Smart Naco dan IgG-Plus yang belum settle. Pada sebelah pagi aku banyak buat panggilan telefon dan buat follow-up dengan downline dan prospek.

Hari ini ada orang join melalui pakej yang aku hantar pada penghujung bulan januari. Aku terus prepare pakej produk dan sales kit untuk di hantar kepadanya. Hari ini 2 kali aku ke pejabat pos !

Sebelah petang aku ke pejabat Bertam Properties untuk buat urusan membeli rumah di Bertam Perdana Lakehomes.

Malam ini sempat aku call prospek dan aku dapat menghantar satu lagi pakej VCD kepada prospek yang berminat. Ini menjadikan jumlah Pakej VCD yang aku hantar/pass untuk bulan Februari ialah 21 sets.

(9 sets lagi untuk melengkapkan minima 30 vcd dalam CABARAN 2006 SS Team !).

Aku juga menghabiskan masa di sebelah malam membuka emel. Aku buka emel GDI.... Fulamak ada 2 orang ahli baru (7 days free trial) join di level ke 3 dan 4 !

Syok jugak buat bisnis internet yang betui-betui nier... bukan yang skim cepat kaya atau surf web dapat duit - yang tur tak lama ! Aku terbaca artikel yang di tulis di US di mana seorang dean di BYU memberi amaran kepada student2-nya agar jangan terlibat dengan skim-skim macam tur. Kat Malaysia nier lebih baik buat bisniss MLM yang betul macam Smart Naco !

Nier dia artikel tur .....

A new "get rich quick" scheme has reached Utah. It promises a 44% return on your investment in just 12 days. That kind of return is potentially attracting thousands of Utahns, including some students at Brigham Young University in Provo. Cards that advertise the "12dailypro" plan are being spread over the campus -- even at the Marriott School of Business.
That prompted this warning from Dean Ned C. Hill:
"Dear Marriott School Students,
It has come to our attention that you may be approached by people wanting you to participate in and even distribute information about illegal and unethical “money making” schemes. Advertisements have been found in the Tanner Building and other places on the BYU campus promising, for example, “Earn 44% Every 12 Days.” This and other similar schemes are most likely “Ponzi schemes” named after the famous Charles Ponzi. They rely on the gullibility of people who are anxious to get rich quickly and who don't understand the basic economic principles of risk and return. No true economic investment could promise to yield 44% in 12 days. Perhaps a few initial investors will receive such a return (from their own investments and others’ investments) but later investors will find there are not enough gullible people to perpetuate the scheme. Those later investors will loose everything. Ponzi schemes are now illegal.
Other schemes invite participants into gambling activities. Again, only a few participants achieve a positive return and most are certain to lose what they invest.
Both activities—Ponzi schemes and gambling—are counter to the values we embrace at BYU and in the Marriott School. They are a violation of our commitment to the Honor Code. Students found to be participating in these schemes—especially those who disseminate them—are in danger of being expelled from the Marriott School and the university.
I realize that very few of you involve yourselves with such foolishness. But since the consequences may be severe for your classmates who spend their time on such matters, we thought it necessary to alert all of you to the problem."
The Director of the Better Business Bureau of Utah is also concerned. "We're very concerned about what's going on," says Jane Driggs. "The company is actually located out of Charlotte, North Carolina. They're operating out of an apartment building which isn't in a great neighborhood ... it's somebody operating out of a spare bedroom." The parent company is Lifelicks LLC, and was incorporated in September of 2005. Ms. Charis Johnson is listed as the "administrator" on corporate papers filed with the state of North Carolina. Attempts to contact her by phone and at the apartment have apparently failed. Driggs' advice to people asking about Lifeclicks and 12dailypro, "Definitely use caution. It's a high risk. You're probably going to lose your money."
The Utah Division of Consumer Protection is aware of 12dailypro, but has received no consumer complaints.
Story by: Brent Hunsaker


Wassalam

Khairul Aza

Presiden Direktor Smart Naco
www.wave4team.ws

Unit Trust Supervisor Consultant - Islamic Investment
www.simpanduit2u.com

Web hosting, emai acc, domain and Internet Global business
www.my.ws/trend2005

Free Conference Room
www.hotconference.com/members/smartsuccessteam

Membina Impian - Bertam Perdana LakeHomes


Salam sejahtera ....

Semalam agak letih sikit, selepas berjumpa dengan international prospek kat tapak site perumahan, aku balik ke rumah sebelum waktu maghrib. Dalam 30 minit tur aku sempat juga menghabiskan masa menghubungi prospek. Dapat lagi 3 prospek yang berminat untuk mendapatkan informasi Smart Naco dan IgG-Plus. Sekarang jumlah VCD yang aku dah dan akan hantar pagi ini (isnin) ialah 20 sets.

(lagi 10 sets untuk melengkapkan minima 30 vcd sebulan di dalam CABARAN 2006 SS Team) ..... .

So, semalam memang aku tak buka PC dan internet, pagi nier baru nak update blog nier. Lagipun aku sekarang nier sedang menyiapkan e-book pertama aku yang akan aku edarkan secara percuma tak lama lagi .....

Dari pukul 1:00 petang hingga ke 3:30 petang semalam, aku dan famili menghabiskan masa meninjau rumah contoh di Bertam Perdana. Mula-mula aku tengok rumah contoh Azalea yang berharga dalam RM145,000. Tengok - tengok kat dalam tur memang berkenan jugak walaupun tak lah luas sangat, tapi pembinaannya kemas dan amat memuaskan hati. Lepas tur aku pergi tengok ke kawasan LakeHomes yang lebih menarik lagi... .

Mula-mula aku masuk ke dalam rumah contoh Mas merah yang bernilai RM361,340.00 minima. Fulamak, punyalah luas. Dari ruang tamu, bilik dan tempat rehat famili, semua cukup. Kawasan luar pun luas dan lapang. Lepas tur aku ke rumah contoh Nila Utama dan Pura Cendana yang bernilai maksima RM675,000.00 ke RM483,000.00 . Lagi ler luas.... tak pernah aku termimpi untuk memiliki rumah seluas ini sekiranya aku hanya bekerja sebagai seorang jurutera kilang. Sejak buat bisniss MLM Smart Naco nier sajalah aku berani menjejakkan kaki ke dalam kawasan rumah-rumah yang sebesar ini. Di dalam Lakehomes nier, keahlian percuma Penang Golf club di berikan dengan kawalan keselamatan percuma selama 2 tahun. ehem...ehem... menarik jugak.

Last tur, aku tanya dengan pak guard kat situ samada dia boleh tunjukkan satu lagi rumah contoh di Lakehomes iaitu Kesuma mekar yang bernilai dalam RM260,000 ke RM360,000.00 . Ruang rumah sama dengan Mas Merah cuma ruang luar sahaja yang kecil sedikit. Selepas tengok dan berpuas hati dengan kawasan dan rumah-rumah kat situ, aku bercadang nak beli sebijik.... . Nanti wife aku akan uruskan. Nier kena buat Smart Naco dengan lebih HEBAT lagi lah nampaknya .... .

Kalau berminat dengan Bertam Perdana Lakehomes ini link nya klik jer kat sini

Wassalam.

Khairul Aza

Presiden Direktor Smart Naco
www.wave4team.ws

Unit Trust Supervisor Consultant - Islamic Investment
www.simpanduit2u.com

Web hosting, e-mel acc, internet global biz
www.my.ws/trend2005

Free Conference Room - Talk and Conference with anyOne around the GLOBE
www.hotconference.com/members/smartsuccessteam

Sunday, February 05, 2006

Matlamat 30 vcd dalam bulan februari

Salam sejahtera..... .

Awal pagi lagi aku dah kalut nak menyiapkan pakej untuk di hantar kepada prospek yang aku dah hubungi sejak 2-3 hari yang lepas. Sebenarnya aku start membuat panggilan telefon kepada prospek-prospek aku pada bulan februari nier. Kalau 1-2 bulan yang lepas aku banyak memberikan peluang kepada ahli rangkaian aku belajar membuat panggilan telefon .... . Kini memandangkan aku sendiri yang menggalakkan program 30 vcd dalam satu bulan melalui Latihan Cabaran 2006 SS Team - aku kena buktikan fakta yang aku berikan adalah betul.

Hari ini 4th februari aku telah menghulurkan 16 keping VCD kepada prospek-prospek yang berminat. Satu aku pass kat rakan lama yang aku terserempak tempohari, manakala 15 keping lagi akan poskan kepada mereka. InsyaAllah, matlamat 30 keping VCD buat prospek yang berminat dalam bulan Februari menjadi kenyataan. Hingga pukul 1 petang.... aku siapkan semua pakej dan masukkan kedalam envelope untuk di poskan.

Di samping itu macam-macam SMS dan panggilan telefon yang masuk semasa aku menyiapkan kerja-kerja tur... . SMS yang sempat aku balas , aku balas on the spot, yang tak sempat nanti petang atau malam aku cuba.

Petang aku ke Seb. Jaya. First, aku hantar kereta aku servis.... maklumlah travel memanjang, sat sahaja dah 10,000 kilometer. Sementara menunggu kereta tur, aku dan famili pi shopping sat sebab waktu begini memang tak ramai sangat orang sebab baru sahaja lepas perayaan tahun baru cina dan cuti panjang.

Malam aku menghabiskan masa menghubungi rangkaian di sana sini dan aku juga dapat pelbagai panggilan telefon dan SMS dari downline aku. Paling aku gembira apabila rangkaian ke dua (leg 2) di dalam rangkaian isteri aku call sebab dia baru sahaja menaja seorang pemimpin di selatan tahahair. InsyaAllah, bila aku ke sana nanti aku akan jumpa beliau. Aku juga dok clean-up post-post yang sengaja nak menjatuhkan smart naco dari forum aku tur. Forum tur tempat untuk kongsi pengalaman dan memberikan tips yang membina bukan untuk mencari jalan menjatuhkan seseorang atau sesuatu organisasi. Bertimbang rasalah sikit ..... . Orang MLM nie sepatutnya mempunyai Personal development yang paling BAIK .... kalau reverse jadinya macam mana nak berjaya dalam mana-mana MLM sekali pun.

Isnin depan baru nak atur jadual untuk februari dan juga modul-modul yang akan di ajar untuk sessi ke 2 CABARAN 2006 Smart Success Team.

Okay.... perlu melayan SMS lagi .....

Wassalam.

Khairul Aza
President Direktor Smart Naco
www.wave4team.ws

Web, emel, domain ...... www.my.ws/trend2005

Percuma Bilik CONFERENCE online ...... www.hotconference.com/members/smartsuccessteam

Saturday, February 04, 2006

Berbincang sesama PD di Prai

Salam sejahtera .....

Hari nier awal pagi aku dah mula keluar "menjaja susu"... hehehehe... . Selepas aku settle internet dalam pukul sepuluh pagi terus ke pejabat pos. Aku nak hantar 1 carton (10 kotak iggplus) ke Segamat. Maklumlah di sebabkan cuti panjang perayaan tahun baru cina, hari wilayah dan awal-muharam, stok di mana-mana semuanya licin .... .

Fulamak.... punyer lah ramai orang kat pejabat pos. Aku berhajat nak bayar bil jugak, tapi di sebabkan terlalu ramai manusia, aku hanya buat poslaju sahaja. Jumpa pulak dengan Che Din (memang setiap kali aku ke pejabat pos di Kepala Batas mesti jumpa downline aku nier...). Hari-hari dia nie hantar produk dan sales kit kat downline dia satu Malaysia.... ! 100 peratus online ! Tahniah Che din. Tadi aku tengok dia dok hantar kat 2 orang ahli baru. Kalau macam nier, 1-2 bulan lagi PD ler.... . Hebat bisniss Smart Naco nier. Kalau ada yang belum melihat dan menonton VCD Testimoni kami, sila klik di sini untuk mendapatkan VCD tersebut secara PERCUMA !

Selepas tur aku terus ke Prai sebab bersama dengan 9 orang PD (Presiden Direktor Smart Naco) akan berjumpa di Pearl View Hotel. Kami set nak bincang di Coffee Cafe di situ sambil makan tengahari. Upline Mr Yap yang belanja.... . Matzin, Hazmir, Cikgu Amir, Karim, Ishak, Wadi, Posmen, aku dan Yap ada di sana. Kami start pukul 11:30 pagi.

Antara rancangan yang nak di buat ialah mengadakan mini-convention untuk Northern Region sebelum Big events pada bulan Mei yang di buat oleh HQ.

Selepas solat jumaat aku ke stokis mendapatkan VCD sebab ada orang order secara "bulk" . Aku sempat menghabiskan waktu petang menghubungi prospek dan downline satu Malaysia. Paling membanggakan aku apabila rangkaian di Kuala Kangsar sudah mula bergerak iaitu leg ke-3 untuk kumpulan wife aku (PD last month .... ). Baru 1-2 hari aku jumpa dia, dah habis 8 kotak susu dia jual dan taja orang lain.... .




Wassalam.

Khairul Aza
Presiden Direktor Smart Naco
www.wave4team.ws

Web Hosting, Domain Name, email acc
www.my.ws/trend2005

Conference Room
www.hotconference.com/members/smartsuccessteam


P/S .... Dalam bulan March, aku akan start mengadakan training online dengan menggunakan tool terbaru aku .... Conference Room .... hehehe... unlimited seats.... STAY TUNED

Jika anda di Singapura, Brunei dan Indonesia dan mempunyai rangkaian sedia ada di negara masing-masing dan berminat meneroka pasaran Smart Naco di tempat anda, hubungi saya di www.wave4team.ws kerana SMART Success Team dan ANDA saling perlu memperlukan di antara satu sama lain - kami telah melahirkan ramai PD 2 di seluruh Malaysia dan akan melakukan perkara yang sama di negara anda !