Membina Impian - Bertam Perdana LakeHomes

Salam sejahtera ....
Semalam agak letih sikit, selepas berjumpa dengan international prospek kat tapak site perumahan, aku balik ke rumah sebelum waktu maghrib. Dalam 30 minit tur aku sempat juga menghabiskan masa menghubungi prospek. Dapat lagi 3 prospek yang berminat untuk mendapatkan informasi Smart Naco dan IgG-Plus. Sekarang jumlah VCD yang aku dah dan akan hantar pagi ini (isnin) ialah 20 sets.
(lagi 10 sets untuk melengkapkan minima 30 vcd sebulan di dalam CABARAN 2006 SS Team) ..... .
So, semalam memang aku tak buka PC dan internet, pagi nier baru nak update blog nier. Lagipun aku sekarang nier sedang menyiapkan e-book pertama aku yang akan aku edarkan secara percuma tak lama lagi .....
Dari pukul 1:00 petang hingga ke 3:30 petang semalam, aku dan famili menghabiskan masa meninjau rumah contoh di Bertam Perdana. Mula-mula aku tengok rumah contoh Azalea yang berharga dalam RM145,000. Tengok - tengok kat dalam tur memang berkenan jugak walaupun tak lah luas sangat, tapi pembinaannya kemas dan amat memuaskan hati. Lepas tur aku pergi tengok ke kawasan LakeHomes yang lebih menarik lagi... .
Mula-mula aku masuk ke dalam rumah contoh Mas merah yang bernilai RM361,340.00 minima. Fulamak, punyalah luas. Dari ruang tamu, bilik dan tempat rehat famili, semua cukup. Kawasan luar pun luas dan lapang. Lepas tur aku ke rumah contoh Nila Utama dan Pura Cendana yang bernilai maksima RM675,000.00 ke RM483,000.00 . Lagi ler luas.... tak pernah aku termimpi untuk memiliki rumah seluas ini sekiranya aku hanya bekerja sebagai seorang jurutera kilang. Sejak buat bisniss MLM Smart Naco nier sajalah aku berani menjejakkan kaki ke dalam kawasan rumah-rumah yang sebesar ini. Di dalam Lakehomes nier, keahlian percuma Penang Golf club di berikan dengan kawalan keselamatan percuma selama 2 tahun. ehem...ehem... menarik jugak.
Last tur, aku tanya dengan pak guard kat situ samada dia boleh tunjukkan satu lagi rumah contoh di Lakehomes iaitu Kesuma mekar yang bernilai dalam RM260,000 ke RM360,000.00 . Ruang rumah sama dengan Mas Merah cuma ruang luar sahaja yang kecil sedikit. Selepas tengok dan berpuas hati dengan kawasan dan rumah-rumah kat situ, aku bercadang nak beli sebijik.... . Nanti wife aku akan uruskan. Nier kena buat Smart Naco dengan lebih HEBAT lagi lah nampaknya .... .
Kalau berminat dengan Bertam Perdana Lakehomes ini link nya klik jer kat sini
Wassalam.
Khairul Aza
Presiden Direktor Smart Naco
www.wave4team.ws
Unit Trust Supervisor Consultant - Islamic Investment
www.simpanduit2u.com
Web hosting, e-mel acc, internet global biz
www.my.ws/trend2005
Free Conference Room - Talk and Conference with anyOne around the GLOBE
www.hotconference.com/members/smartsuccessteam
1 Comments:
This comment has been removed by the author.
Post a Comment
<< Home