Friday, January 06, 2006

The Beginning ..... Bahagian 1

Salam sejahtera,

Kali ini aku nak bercerita pengalaman aku terlibat dengan MLM dan kenapa aku minat buat bisniss walaupun belajar sampai oversea.... .

Keluarga aku nie memang dah terlibat dalam bisniss lama dah... . Masa arwah ayah aku kecik-kecik dulu, ayah dia (tok aku) memang berniaga di kantin sekolah (tak tahu macam mana rupa kantin zaman dulu-dulu). Jadi ayah aku memang habis sekolah membantu ibu dan ayahnya berniaga.

Di samping itu tok aku ada gak kedai runcit yang selepas tur di berikan kepada seorang tauke cina untuk menjalankannya di kampung talang. Selain daripada itu, tok aku dan opah aku juga berniaga membuat laksa. Memang ramai orang yang order. Aku gak pernah tengok depa buat laksa cara dulu-dulu di satu masa dulu. Aku memang merindui suasana kampung kat rumah tok aku tur. Maklum ler, boleh relax-relax kat luar rumah sampai melihat sawah padi yang amat luas di depan mata.

OK berbalik pasai bisniss..... Ayah dan emak aku memang buat pelbagai bisniss. Aku masa tur kecik lagi dan selalu dapat peluang di bawa untuk pergi berniaga. Biasanya mereka akan berniaga barang2 yang di ambil di sempadan Siam dan di jual di kawasan-kawasan felda di sekita Perak.

Di situlah aku rasa minat berniaga tertanam dalam diri aku walaupun ianya tak nampak ketara sehinggalah aku mula bekerja.... .

Selepas pulang dari oversea, aku bekerja di kilang Sony di Perai sebagai Production Engineer. Actlah maklum ler , engineer muda... . Setahun aku bekerja di situ, aku dapat peluang bekerja sambil belajar di Jepun iaitu di Design Center di kanagawa-ken. Aku tak ingat dah nama tempat tur secara terperinci tapi pengalaman bekerja dan mendalami semangat kerja orang jepun banyak mempengaruhi cara aku bekerja di Malaysia bila pulang setahun kemudian.

Aku nie nak kata gemuk dah ler jugak, tapi over weight lar jugak. Selepas balik dari Jepun, memang slim habis dan sihat.... maklum ler tak makan daging setahun.... . Bila balik jer, hari -hari pulun nasi lemak dan nasi goreng. Badan naik balik lar... .

Ada lah member aku kat sony satu hari tur datang ke teratak bujang aku kat permatang pauh. Datang dengan membawa katalog produk. Masa tur aku rasa tahun 1992. Aku masih bujang dan duit memang banyak lar pasai kereta pun tak beli lagi (tumpang member). Dia bawa produk kesihatan dan katanya ada pakej untuk menguruskan badan. Ada lar beberapa produk yang dia rekomen. Aku nak beli dan dia suruh aku jadi ahli sebab akan dapat murah. Aku masa tur satu harampun MLM aku tak tahu. Aku pun jadi ahli. Beli produk dan dapat kit. Setiap bulan sampai lar majalah. Aku tengok dan ada macam-macam gambar orang dengan kereta mewah dan juga gambarajah bulat-bulat. Satu bendapun aku tak faham macam mana gambarajah bulat-bulat tur boleh membuatkan orang-orang tur dapat kereta mewah-mewah.

Member aku tur pun tak pernah datang lagi dah. Nak beli produk lagi pun dia tak pernah tanya. Aku pun tak kurus jugak cuma "buang angin" (kentut) jer semakin busuk .... hehehehe... bila makan pil tablet makanan kesihatan tur. Lepas beberapa bulan tur baru lah aku tahu, amende yang aku masuk tur..... syarikat apa dan mereka tur buat direct selling. Aku tak ambil peduli sebab duit tak menjadi masalah pada aku masa tur. Bujang, tak de kereta dan gaji masuk pun tak pi tengok.....

Okay ... itu ler pengalaman pertama masuk MLM pada tahun 1992. Satu apa pun tak tahu. Syok lagi bekerja masa tur - maklum ler engineer muda baru balik bekerja dari jepun, jadi expert dan tempat merujuk rakan-rakan di tempat kerja kalau ada isu.

Bersambung ......

Khairul Aza

From ZERO to HERO, klik ke www.wave4team.ws

0 Comments:

Post a Comment

<< Home