Monday, February 20, 2006

Digital vs Manual

Salam sejahtera ....

Hari nie punyer la susah nak call HQ..... maklumlah PV Jan. boleh check. Aku try banyak kali pada waktu tengahari sampai ke petang.... . Lewat petang jer baru okay. Tahniah lah kepada Presiden Direktor baru untuk sale bulan Januari. Ake sendiri terharu dengan kekuatan dan daya ketahanan anda semua. Alhamdullilah, akhirnya anda berjaya ke puncak .... namun perjalanan masih jauh lagi ....

Aku jugak sempat shopping kat SEC petang tadi. Bukannya aper, dah 2 minggu order TV tapi tak de stok lagi. Jadi semalam aku decide nak cancel order dan tukar dengan produk lain. Wife aku nak beli microwave, aku nak ambik Digital Kamera. So, bulan nier aku ambik digital kamera dan bulan depan, dia ambik microwave ... fair deal !!!!

Aku nak ambik digital kamera nier pun bukannya apa... pasai setiap kali buat roadshow atau training SST, cuma kamera aku jer yang pakai kodak dulu2 tur... yang lain semuanya berdigital. Buat bisniss pakai method hi-tech, tapi kamera jenis jurasic ... so, aku tukar ler ke digital. Maklumlah dalam jangka masa panjang, ianya lebih murah dan simple.

Lagipun setiap kali training dan roadshow, aku akan ambil gambar sebab ianya penting untuk merakamkan setiap perjalanan SST di seluruh Malaysia. Lagipun mentor aku, Jim Rohn cakap, hanya ada 3 perkara berharga yang patut di tinggalkan.... journal, gambar dan ehehehe.... dah lupa lak satu lagi tur.

By the way, sebelum aku buat Smart Naco, maybe aku akan mengambil masa setahun nak decide samada nak beli digital kamera ke tidak. Maklum sajer ler... budget terhad. Tapi sejak buat Smart Naco, rezeki melimpah, Alhamdullilah. Simple saja nak decide untuk beli digital kamera. memang banyak bezanya dulu dan sekarang.

Aku pun memang jenis yang suka ambil gambar terutama sekali gambar pemandangan ataupun landscape. Paling cantik punyer memori adalah gambar2 yang aku ambik masa belajar di Colorado (aku pilih Colorado sebab pemandangan nya yang unik) dan gambar semasa aku melawat Hakone Lake di Jepun semasa aku kerja selama setahun di Kanagawa-ken. Teringin nak pergi balik ke tempat-tempat macam tur.... .

Okay lar... melalut pulak. Hari ini aku rasa dah ada 3-4 prospek yang berminat nak dapatkan VCD.... esok aku ceriter statistik dia. Sekarang sibuk menaja balik sebab sedang memperkembangkan sayap ke 2 dan 3 dari rangkaian isteri saya yang sudah menjadi PD pada bulan dec yang lepas.

La.... banyak pulak sms masuk nak prospek....ok..ok...aku try bantu !!!!

Khairul Aza

Smart Naco http://www.wave4team.ws




0 Comments:

Post a Comment

<< Home