Monday, November 28, 2005

Rangkaian berkembang kerana 2 SEBAB .......

Salam sejahtera .....

Ramai yang berjaya dalam MLM menghadapi dilema kerana kadang-kadang kejayaan yang di kecapi tidak berkekalan. Terutama sekali apabila momentum sudah menurun ..... . Sebenarnya jika di lihat dari segi rangkaian, acapkali yang gagal kerana mereka mempunyai rangkaian yang tidak kukuh ataupun tiada leader.

Hanya 2 sebab yang akan mengerakkan rangkaian untuk maju dan berkembang iaitu :

1. Pengedar baru di dalam rangkaian anda
2. Pemimpin di dalam rangkaian anda

Jika anda dan rangkaian anda berhenti menaja "new people" - kumpulan anda akan tewas. Jika rangkaian anda gagal melahirkan pemimpin, rangkaian anda akan berkubur.

Begitu juga di dalam Smart Naco. Untuk mencapai pergerakkan BV dan PV yang akan terus meningkat dan stabil, perlunya anda mempunyai ahli-ahli baru setiap bulan dan juga pertambahan pemimpin di dalam rangkaian anda.

Pemimpin adalah nadi dalam mengerakkan rangkaian. Ianya adalah pemangkin dalam perkembangan rangkaian anda dan ianya tidak berkecuali di dalam bisniss Smart Naco.

Pengedar baru pula adalah pencetus semangat dan rangkaian yang akan berterusan berkembang sebab adanya jualan dari rangkaian yang baru.

Perlunya anda ingat 80/20 rule memainkan peranan yang penting di dalam MLM dan di dalam bisniss Smart Naco ianya pun begitu juga. Hanya 20% yang akan mengerakkan 80% daripada BV dan PV anda dan hanya 20% rangkaian anda yang membina rangkaian di bawah anda..... .

Oleh kerana itu anda perlu memberikan FOKUS kepada 20% rangkaian anda yang aktif .... teruskan menaja dan menaja.

Paling akhir adalah latihan dan perjumpaan sesama kumpulan. Ini adalah elemen yang memisahkan rangkaian yang gagal dengan rangkaian yang berjaya.

Bercakap pasal latihan, mungkin di dalam bulan Disember ini, jadual aku adalah seperti berikut untuk bertemu dengan ahli rangkaian SMART Success Team di seluruh Semenanjung Tanahair.

Dec 3,4 - Utara (Kangar, Jitra, Alor setar, Baling)
Dec 10,11 - KL, Shah Alam, Kelang, Seremban
Dec 13 - Perjumpaan di Kuala Ketil, Kedah
Dec 14 atau 15 - Perjumpaan di Bayan Baru H.Seri Malaysia
Dec 17,18 - Muar, Segamat, Batu Pahat dan J.Bharu
Dec 24,25 - Kota Bharu, Kuantan atau kemaman, Temerloh
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Khairul Aza 016-4161620 .


WishingYou a Million Dollar,
Khairul Aza
www.wave4team.ws
www.iggplus.com

FORUM BARU sudah di lancarkan !

Salam buat anda semua,

Di sini saya nak promote semula forum terbaru SMART SUCCES Team iaitu ianya terdapat di :
http://www.activeboard.com/forum.spark?forumID=72710 atau klik di sini.

Jika sambutan menggalakkan saya akan upgrade forum ini ke paid version dan url-nya akan menjadi lebih pendek dan mudah di ingati..... . Tolong promote dan daftar dan mula masukkan testimoni anda ke dalam forum ini.... .

Wassalam.

Khairul Aza

www.wave4team.ws

forum terbaru SMART Success Team di
http://www.activeboard.com/forum.spark?forumID=72710

Monday, November 21, 2005

Eating the cookie

Salam sejahtera,

Aku dok menghabiskan masa membaca e-mel, newsletter dan juga cerita-cerita motivasi yang aku terima dalam e-mel aku. Ada yang menarik, ada yang tidak. Semua ini aku tapis dan baca yang benar-benar memberikan kesan yang mendalam terhadap diriku.


Sebenarnya tabiat membaca yang telah aku semai selama ini memang sudah membuahkan hasil. Memang betul kalau orang kata membaca akan terus membuka minda anda dan membina jati diri dalam mengharungi kehidupan, terutama sekali di dalam bidang perniagaan seperti MLM yang aku buat dengan Smart Naco, unit trust dengan Public Mutual dan juga internet business dengan GDI.

Di sini ada satu cerita menarik yang aku baca..... di harap ianya menjadi iktibar untuk anda semua .....

Eating the Cookie

by: Rachel Naomi Remen

Another of my patients, a successful businessman, tells me that before his cancer he would become depressed unless things went a certain way. Happiness was "having the cookie." If you had the cookie, things were good. If you didn't have the cookie, life wasn't worth a damn. Unfortunately, the cookie kept changing. Some of the time it was money, sometimes power, sometimes sex. At other times, it was the new car, the biggest contract, and the most prestigious address. A year and a half after his diagnosis of prostate cancer he sits shaking his head ruefully. "It's like I stopped learning how to live after I was a kid. When I give my son a cookie, he is happy. If I take the cookie away or it breaks, he is unhappy.

But he is two and a half and I am forty-three. It's taken me this long to understand that the cookie will never make me happy for long. The minute you have the cookie it starts to crumble or you start to worry about it crumbling or about someone trying to take it away from you. You know, you have to give up a lot of things to take care of the cookie, to keep it from crumbling and be sure that no one takes it away from you. You may not even get a chance to eat it because you are so busy just trying not to lose it. Having the cookie is not what life is about." My patient laughs and says cancer has changed him. For the first time he is happy.

No matter if his business is doing well or not, no matter if he wins or loses at golf. "Two years ago, cancer asked me, 'Okay, what's important? What is really important?' Well, life is important. Life. Life any way you can have it. Life with the cookie. Life without the cookie. Happiness does not have anything to do with the cookie, it has to do with being alive. Before, who made the time?" He pauses thoughtfully. "Damn, I guess life is the cookie."

This story courtesy of http://www.homeholidaysfamilyandfun.com

Forum Smart Success Team ..... ...










(Buat MLM nie banyak cabarannya seperti
di dalam gambar di atas nie...... )

Salam sejahtera semua...... .

Aku nie memang tak cekap IT. So apabila ada orang dengki kat SMART Success Team dan menghancurkan forum kumpulan ini, aku try cara lain pulak.... .

Sebelum aku ada hosting faciliti sendiri dan buat forum sendiri, aku ada gak guna forum yang free di luar sana. Yang nampak menarik ialah activeboard (http://www.activeboard.com) . Dulu aku dah buat satu forum bernama IGG Team sebelum aku tukarkan kepada Smart Success Team yang menggunakan Smart Success Sistem seperti yang terdapat di dalam laman web wave4 aku.

Jadi, aku nak guna balik forum nier untuk SMART Success Team berdiskusi.... anda boleh layari forum ini dengan klik di sini.

Kalau ada testimoni menarik tentang susu IgG Plus, Oyster Plus atau peluang MLM Smart Naco sila tulis dalam forum.

Khairul Aza

www.wave4team.ws




Satu perjalanan, dan satu MATLAMAT

Salam sejahtera semua...

Lama tak berceriter dalam laman web ini.... okaylah nak berceriter balik !

Pada hari sabtu lepas pada pukul 8:00 pagi, aku dan rakan-rakan yang berimpian di Smart Naco memulakan langkah untuk menjelahi Kuantan, Temerloh dan Segamat selama 2 hari, 1 malam.

Bersama-sama dengan zul dan wahab, kami ke sana untuk berjumpa dengan rangkaian di sana dan seterusnya memperkembangkan rangkaian ke kawasan-kawasan tersebut. Sampai di Bukit Merah, kami sempat berjumpa dengan seorang prospek yang berminat untuk menyertai Smart Naco. Selepas bersarapan di Bukit merah dan juga sign-up prospek tersebut kami meneruskan perjalanan yang jauh ini....

Untuk ke Pahang, kami menggunakan jalan keluar di Kuala Kubu Bharu. Sampai di persimpangan untuk keGenting, kami pick-up rakan kami dari Shah Alam yang juga berminat untuk bersama-sama kami ke sana untuk belajar selok-belok membuat penajaan dan memberi khidmat kepada rangkaian.

Dari genting nak ke karak bagi aku memang menyeksakan..... pertama sebab aku tak drive, kedua dah masuk pukul satu lebih dan kami masih lag belum makan tengahari.... . Jalan yang berbukit dan bengkak-bengkok membuatkan aku pening kepala...... . Dalam hati fikir jugak kalau aku drive lagi baik sebab kita tahu kemana selok-beloknya dan biasanya aku tak akan rasa sakit kepala..... .

Di lebuhraya genting-karak, kami singgah makan dan bersolat jamak di perhentian R&R. Maklumlah letih dan penat, makanpun tak de selera sangat.... . Sambil makan, aku dan zul memberikan tips dan semangat kepada 2 orang kami yang buat pertama kali ikut kami dalam sessi smart naco ini. Wahab dah SM, manakala K.Azman masih lagi baru .... .

Kami teruskan perjalanan dalam pukul 2:45 petang dan singgah di Bentong kerana Wahab ada downline di sana. Tetapi kami tak dapat jumpa beliau. Kami teruskan perjalanan ke Temerloh. Sebab rasa macam dah terrer sangat, kami punya pemandu waktu tur, tersilap jalan dan kami sampai ke pekan Raub ! Alamak.... kena patah balik dan masuk highway.

Kami masuk semula di highway dan hujan dah turun dengan lebatnya. Cadangnya ada 3 orang yang nak kami jumpa di Temerloh. Dengan keadaan hujan sebegini, kami rasa mungkin ada yang tak dapat datang. Buat pertama kali kami melalui lebuhraya Pantai Timur. Kami sampai di Temerloh dalam hujan lebat dan renyai-renyai dalam pukul 4:30 petang. Sambil minum petang di KFC, kami berjumpa dengan 2 orang rangkaian kami di sana. Seorang lag tak dapat datang kerana hujan lebat..... kamipun memang tak sempat nak pergi ke rumah dia sebab kami ada perjumpaan lagi di Kuantan pada sebelum malamnya.

Selepas memberikan penerangan tentang sistem kami kepada mereka, dalam pukul 6:30 petang, kami bertolak keluar dari temerloh untuk ke Kuantan. Perjalanan mengambil masa 1 ke 1.5 jam lagi. Di sana kami menginap di Shahzan Inn dan berjumpa dengan salah seorang downline kami yang datang dari kemaman. Ada lagi 4 orang downline dan prospek yang tak dapat datang malam tur ke shahzan inn. Namun ianya menguatkan lagi semangat kami sebab apa yang penting adalah untuk kami servis downline yang benar-benar berminat dan berimpian tinggi..... .

Perutpun dah lapar.... dalam pukul 10:00 malam, kami makan sambil memberikan informasi Sistem kepada beliau. Sebelum pukul 12 malam, aku dah tertidur sebab esok kami harus bertolak ke Segamat.

Esok pagi hujan lebat. Selepas sarapan kami bertolak ke Segamat dalam pukul 10:00 pagi. Jalan ke Segamat di penuhi dengan pokok-pokok kepala sawit. Di kiri-kanan, pokok-pokok yang rimbun menyejukkan suasana perjalanan yang mengambil masa lebih dari 2 jam atau lebih kurang dalam 160 km dari Gambang, Pahang.

Kami sempat bertemu dengan Zack dan rakan-rakan (downline dari Senawang) yang nak ke Kuantan membuat persembahan peluang Smart naco di sana. Kami berjumpa mereka di Perhentian R&R Bandar Muazam Shah.

Pukul 2:45 petang sampai di bandar Segamat dan berjumpa dengan rangkaian di sana. Selepas memberikan tips, penerangan pelan pemasaran dan juga sistem kami, kami bertolak balik ke Penang melalui Muar-Tangkak...... .

Wassalam.
Khairul Aza
www.wave4team.ws

Roadshow Ishak dan rakan-rakan dalam kongsi kejayaan!

Salam sejahtera semua,

Presiden Direktor Ishak dan rakan-rakan akan mengadakan Roadshow Smart Naco di tempat-tempat berikut. Jika anda ada downline, rakan-rakan dan prospek sila bawa bersama-sama... . Program bermula pada pukul 8:30 malam.

Nov. 22
Tempat : HQ, Taman Maluri

Nov.23
Tempat : Lake View Hotel, Seremban

Nov 24
Tempat : Hotel Seri Malaysia, Johor Bharu

Nov.25
Tempat : Stokis Smart Naco, Bandar Jengka, Jengka

Datanglah beramai-ramai dan saksikan kejayaan pemimpin-pemimpin Smartnaco !

Khairul Aza
www.wave4team.ws

Saturday, November 12, 2005

Laman web aku kena HACKED !

Salam sejahtera ......

Apalah manusia nie... tak boleh tengok orang senang sikit. Ada saja yang nak mengacau ! Pagi tadi semua laman web yang saya hosted dengan server yang saya sewa sendiri masih okay. Ini termasuk laman web forum Smart Success Team iaitu di www.smartsuccessteam.com/forum . Entah macam mana semua web yang saya hosted petang tadi telah di "suspended" kan akaun masing-masing. Apa lagi masalahlah.... maklumlah duit dah bayar, apa hal pulak dengan server nie !

Saya terus contact helpdesk.... malam nie dapat reply. Rupa-rupa kena hacked. Ada hamba Allah yang tidak bertangggungjawab telah hacked akaun saya dan menggunakan e-mel akaun saya untuk menghantar SPAM (unsolicited e-mail) kepada ebay dan juga semua pengguna-pengguna akaun aol !!!! Ebay telah buat aduan dan akaun saya dan semua clients yang hosted dengan saya kena "tutup" !!!

Nasib....nasib..... macam tur lah kalau deal dengan internet dan benda-benda online nier. Dalam sekelip mata semua boleh lesap. Dunia makin kecil, teknologi makin maju dan ada ramai manusia yang tidak berhati perut..... macam si-hacker nie tadi !

Bercakap pasai Hacker dan Spammer nier, dah 2 kali aku tutup dan delete akaun mamat yang spammed Smart Success Team dengan online poker dan kasino dia..... . Agaknya dia balas dendam kot, hack aku punya akaun !!!!

Aku dok tunggu reply dari server tur samada semua akaun boleh di re-activate kan atau tidak. Kalau tidak kenalah cari hosting lain....

Walaubagaimanapun ianya tidak mematahkan semangat aku untuk meneruskan perjuangan bersama dengan Smart Naco. Aku akan terus menerus promote Smart naco, susu igg plus dan juga oyster plus ke seluruh Malaysia samada online atau offline. Laman web aku dengan .ws masih okay iaitu www.wave4team.ws

Petang tadi aku sembang-sembang dengan leader MLM syarikat lain..... aku tak promote Smart naco kat dia sebab dia dah berjaya dalam MLM yang dia pilih. Kami cuma bincang pasal menggunakan internet untuk menambah prospek dan clients. Aku bersetuju untuk bantu dia buat laman web untuk promote MLM dia melalui online. Aku rasa "trade secret" yang aku berikan kepada orang lain adalah lebih baik daripada simpan sendiri. Ilmu yang di pergunakan InsyaAllah akan membawa berkat ....... .

Di sebelah malam, aku pergi ke Agensi meeting Unit trust sebab dah lama tak pergi sebab sibuk buat MLM Smart Naco. Kalau anda berminat nak melabur dan sanggup menunggu 3-7 tahun untuk mendapatkan pulangan, unit trust adalah cadangan saya.

Wassalam.

Khairul Aza

Smart Naco distributor
Unit Trust Consultant
GDI Affiliate

Thursday, November 10, 2005

Laman web baru dah siap .....

Salam sejahtera,

Sepanjang bulan puasa yang lepas dan sebahagian daripada raya nie, aku berjaya jugak menyiapkan template terbaru Lead-capture-page laman web aku tur....

Kali nie aku rasa lebih menarik dan bertenaga. Ada content untuk search engine spider.... Jika nak tengok layari http://www.iggplus.com .

Sekarang sedang mencuba samada response yang di terima bagus ke tidak.... . Aku berharap melalui ketiga-tiga laman web LCP yang aku ada iaitu www.wave4team.ws , www.smart-naco.com dan www.iggplus.com dapat memberikan satu impak yang besar dalam membina rangkaian aku di dalam bisniss Smart Naco dan di dalam mempromosikan susu igg plus dan oyster plus secara amnya !

Wassalam.

Tuesday, November 01, 2005

Masih ada yang nak kaya cepat tanpa menghiraukan integriti diri !

Salam sejahtera ....

Memang pelik....walaupun dah ramai yang tertipu dan kena tipu dengan skim cepat kaya. Benda-benda macam ini masih lagi berleluasa. Walaupun ada yang dapat duit tetapi di manakah integriti seorang insan ? Kerana bila skim berakhir maka perhubungan kita dengan sesiapa sahaja yang menyertai skim tersebut berakhir. Malahan akan ada rasa tak puas hati - manakan tidak, tak dapat apa-apa... yang senang hanya segelintir yang mengaut keuntungan dan lesap lari.

Sanggupkah kita melakukan kerja-kerja yang tiada integriti sebegini semata-mata untuk wang ?

Bagi saya apa yang kita lakukan haruslah melambangkan satu identiti pada diri kita. Buat sesuatu adalah dengan niat membantu dan terus membantu. Aku masih ingat... lagi apa yang sering di katakan oleh Zig Ziglar :

"Help enough People to get what they want, you can get what you want".

Skim cepat kaya ni macam TOTO - Tolong Orang Tipu Orang ....

Okay di sini ada sedikit guideline yang aku perolehi daripada laman web DSAM Malaysia mengenai apa dia skim piramid dan apa dia direct selling. Semoga ianya boleh di jadikan panduan untuk anda dan jangan tertipu dengan janji-janji manis dari peserta skim cepat kaya......

Apa itu direct selling >>>> http://www.dsam.org.my/selling.html

Apa itu Piramid selling >>> http://www.dsam.org.my/pyramid.html

Juga dalam Harian Metro di dalam ruangan Maznah Zulkifli, sempat juga aku baca artikel beliau tentang skim cepat kaya nie. Anda boleh baca melalui link di bawah ini ...

Klik di sini >>> Ramai ingin CEPAT kaya tanpa usaha

Klik di sini >>> SKIM PIRAMID menjurus kepada skim cepat kaya

Wassalam

Nice little article ....


Make Every Day a Great Day

For a number of years, I've signed off my newsletters and my email messages with "Make it a Great Day."

I get a lot of favorable comments about it. It's a bit different than the ubiquitous and often insincere "Have a nice day."

The truth is, it's up to us to make it a great day.

It's a choice. We don't have control over everything that happens to us, but we do have control over how we respond to what happens.

Some days are greater than others, but every day really is a great day. As one person said, "Every day above ground is a good day."

We find what we're looking for. And if we look for what's wrong, we'll find things that are. On the other hand, if we look for what's good (or great) we'll find that, too. In doing so, you'll find your day more pleasant than you would otherwise.

We all want to be happy. And having a positive attitude goes a long way to how we feel. Beyond that, there are a number of things we can do to alter our state and experience more joy.
Look for the good in things.


Spend no time attending pity parties.

Be sure to laugh often. Look for the humor in every situation.

Resolve not to be a whiner.

Live with passion and do things with verve.

Attitude is a choice. So choose to be positive.