Satu perjalanan, dan satu MATLAMAT
Salam sejahtera semua...
Lama tak berceriter dalam laman web ini.... okaylah nak berceriter balik !
Pada hari sabtu lepas pada pukul 8:00 pagi, aku dan rakan-rakan yang berimpian di Smart Naco memulakan langkah untuk menjelahi Kuantan, Temerloh dan Segamat selama 2 hari, 1 malam.
Bersama-sama dengan zul dan wahab, kami ke sana untuk berjumpa dengan rangkaian di sana dan seterusnya memperkembangkan rangkaian ke kawasan-kawasan tersebut. Sampai di Bukit Merah, kami sempat berjumpa dengan seorang prospek yang berminat untuk menyertai Smart Naco. Selepas bersarapan di Bukit merah dan juga sign-up prospek tersebut kami meneruskan perjalanan yang jauh ini....
Untuk ke Pahang, kami menggunakan jalan keluar di Kuala Kubu Bharu. Sampai di persimpangan untuk keGenting, kami pick-up rakan kami dari Shah Alam yang juga berminat untuk bersama-sama kami ke sana untuk belajar selok-belok membuat penajaan dan memberi khidmat kepada rangkaian.
Dari genting nak ke karak bagi aku memang menyeksakan..... pertama sebab aku tak drive, kedua dah masuk pukul satu lebih dan kami masih lag belum makan tengahari.... . Jalan yang berbukit dan bengkak-bengkok membuatkan aku pening kepala...... . Dalam hati fikir jugak kalau aku drive lagi baik sebab kita tahu kemana selok-beloknya dan biasanya aku tak akan rasa sakit kepala..... .
Di lebuhraya genting-karak, kami singgah makan dan bersolat jamak di perhentian R&R. Maklumlah letih dan penat, makanpun tak de selera sangat.... . Sambil makan, aku dan zul memberikan tips dan semangat kepada 2 orang kami yang buat pertama kali ikut kami dalam sessi smart naco ini. Wahab dah SM, manakala K.Azman masih lagi baru .... .
Kami teruskan perjalanan dalam pukul 2:45 petang dan singgah di Bentong kerana Wahab ada downline di sana. Tetapi kami tak dapat jumpa beliau. Kami teruskan perjalanan ke Temerloh. Sebab rasa macam dah terrer sangat, kami punya pemandu waktu tur, tersilap jalan dan kami sampai ke pekan Raub ! Alamak.... kena patah balik dan masuk highway.
Kami masuk semula di highway dan hujan dah turun dengan lebatnya. Cadangnya ada 3 orang yang nak kami jumpa di Temerloh. Dengan keadaan hujan sebegini, kami rasa mungkin ada yang tak dapat datang. Buat pertama kali kami melalui lebuhraya Pantai Timur. Kami sampai di Temerloh dalam hujan lebat dan renyai-renyai dalam pukul 4:30 petang. Sambil minum petang di KFC, kami berjumpa dengan 2 orang rangkaian kami di sana. Seorang lag tak dapat datang kerana hujan lebat..... kamipun memang tak sempat nak pergi ke rumah dia sebab kami ada perjumpaan lagi di Kuantan pada sebelum malamnya.
Selepas memberikan penerangan tentang sistem kami kepada mereka, dalam pukul 6:30 petang, kami bertolak keluar dari temerloh untuk ke Kuantan. Perjalanan mengambil masa 1 ke 1.5 jam lagi. Di sana kami menginap di Shahzan Inn dan berjumpa dengan salah seorang downline kami yang datang dari kemaman. Ada lagi 4 orang downline dan prospek yang tak dapat datang malam tur ke shahzan inn. Namun ianya menguatkan lagi semangat kami sebab apa yang penting adalah untuk kami servis downline yang benar-benar berminat dan berimpian tinggi..... .
Perutpun dah lapar.... dalam pukul 10:00 malam, kami makan sambil memberikan informasi Sistem kepada beliau. Sebelum pukul 12 malam, aku dah tertidur sebab esok kami harus bertolak ke Segamat.
Esok pagi hujan lebat. Selepas sarapan kami bertolak ke Segamat dalam pukul 10:00 pagi. Jalan ke Segamat di penuhi dengan pokok-pokok kepala sawit. Di kiri-kanan, pokok-pokok yang rimbun menyejukkan suasana perjalanan yang mengambil masa lebih dari 2 jam atau lebih kurang dalam 160 km dari Gambang, Pahang.
Kami sempat bertemu dengan Zack dan rakan-rakan (downline dari Senawang) yang nak ke Kuantan membuat persembahan peluang Smart naco di sana. Kami berjumpa mereka di Perhentian R&R Bandar Muazam Shah.
Pukul 2:45 petang sampai di bandar Segamat dan berjumpa dengan rangkaian di sana. Selepas memberikan tips, penerangan pelan pemasaran dan juga sistem kami, kami bertolak balik ke Penang melalui Muar-Tangkak...... .
Wassalam.
Khairul Aza
www.wave4team.ws

0 Comments:
Post a Comment
<< Home