Saturday, November 12, 2005

Laman web aku kena HACKED !

Salam sejahtera ......

Apalah manusia nie... tak boleh tengok orang senang sikit. Ada saja yang nak mengacau ! Pagi tadi semua laman web yang saya hosted dengan server yang saya sewa sendiri masih okay. Ini termasuk laman web forum Smart Success Team iaitu di www.smartsuccessteam.com/forum . Entah macam mana semua web yang saya hosted petang tadi telah di "suspended" kan akaun masing-masing. Apa lagi masalahlah.... maklumlah duit dah bayar, apa hal pulak dengan server nie !

Saya terus contact helpdesk.... malam nie dapat reply. Rupa-rupa kena hacked. Ada hamba Allah yang tidak bertangggungjawab telah hacked akaun saya dan menggunakan e-mel akaun saya untuk menghantar SPAM (unsolicited e-mail) kepada ebay dan juga semua pengguna-pengguna akaun aol !!!! Ebay telah buat aduan dan akaun saya dan semua clients yang hosted dengan saya kena "tutup" !!!

Nasib....nasib..... macam tur lah kalau deal dengan internet dan benda-benda online nier. Dalam sekelip mata semua boleh lesap. Dunia makin kecil, teknologi makin maju dan ada ramai manusia yang tidak berhati perut..... macam si-hacker nie tadi !

Bercakap pasai Hacker dan Spammer nier, dah 2 kali aku tutup dan delete akaun mamat yang spammed Smart Success Team dengan online poker dan kasino dia..... . Agaknya dia balas dendam kot, hack aku punya akaun !!!!

Aku dok tunggu reply dari server tur samada semua akaun boleh di re-activate kan atau tidak. Kalau tidak kenalah cari hosting lain....

Walaubagaimanapun ianya tidak mematahkan semangat aku untuk meneruskan perjuangan bersama dengan Smart Naco. Aku akan terus menerus promote Smart naco, susu igg plus dan juga oyster plus ke seluruh Malaysia samada online atau offline. Laman web aku dengan .ws masih okay iaitu www.wave4team.ws

Petang tadi aku sembang-sembang dengan leader MLM syarikat lain..... aku tak promote Smart naco kat dia sebab dia dah berjaya dalam MLM yang dia pilih. Kami cuma bincang pasal menggunakan internet untuk menambah prospek dan clients. Aku bersetuju untuk bantu dia buat laman web untuk promote MLM dia melalui online. Aku rasa "trade secret" yang aku berikan kepada orang lain adalah lebih baik daripada simpan sendiri. Ilmu yang di pergunakan InsyaAllah akan membawa berkat ....... .

Di sebelah malam, aku pergi ke Agensi meeting Unit trust sebab dah lama tak pergi sebab sibuk buat MLM Smart Naco. Kalau anda berminat nak melabur dan sanggup menunggu 3-7 tahun untuk mendapatkan pulangan, unit trust adalah cadangan saya.

Wassalam.

Khairul Aza

Smart Naco distributor
Unit Trust Consultant
GDI Affiliate

0 Comments:

Post a Comment

<< Home