Monday, October 17, 2005

Perjalanan di bulan Ramadan...

Dugaan... jugak traveling di bulan Ramadan. Pada sabtu yang lepas, aku dan Zul ke Shah Alam untuk mengadakan meeting dengan kumpulan di sana. Awal pagi dah bertolak dari Penang.

Sampai tengahari di hotel sebelum bertolak ke tempat meeting di Section 7, Shah Alam. Walaupun bulan puasa dan pada malam kelmarin mereka sudahpun menghadiri meeting di HQ, masih ramai lagi yang hadir. Aku sekali lagi fokuskan kepada pelan pemasaran kerana ternyata tanpa strategi berdasarkan pelan pemasaran memang income ada banyak perbezaan.

Meeting mula pada pukul 3 dan habis dlm sekitar 5:30 ptg. Dalam pukul 6 ptg kami di ajak ke Port Klang untuk bertemu prospek di sana. Habis saja pukul 7:00 ptg dah masuk waktu berbuka... apa lagi berbuka dalam kereta la jawapnya !

Dalam pukul 8:00 mlm sampai di hotel dan makan malam (berbuka) di restoran berhampiran. Hujan turun kadang-kadang lebat juga. Namun aku tetap respek dengan ahli kumpulan yang sanggup datang ke hotel pada sebelah malamnya. Selepas Sdra Yazid datang dan membuat strategi dengan Zul, ahli kumpulan dari kelang hadir untuk berbincang strategi selepas hari raya.

Pukul 2 pagi bersahur di hotel.... lepas tur tidur la !
Esoknya selepas berjumpa dengan rangkaian di lobby terus bergegas ke Serdang sebab ada kumpulan nak berjumpa di sana. Di pertengahan jalan, jumpa dengan seorang prospek yang nak join menjadi ahli Smart naco di perhentian Kinrara Puchong. Rezeki....

Di Sri Serdang selepas berbincang dengan rangkaian di sana, kami terpaksa tunggu sekejap sebab salah seorang ahli baru di Gombak nak datang berjumpa untuk menimba ilmu.

Pukul 2 petang baru bertolak balik ke Penang .... memang letih di bulan puasa tetapi semangat yang di tunjukkan oleh setiap ahli rangkaian SMART Success Team amat membanggakan.... hilang letih malah lebih aktif lagi !

Wassalam.

Khairul Aza

http://www.smart-naco.com

http://www.my.ws/trend2005


0 Comments:

Post a Comment

<< Home