Sunday, August 28, 2005

NDT Pertama di Sungai Petani

Salam Sejahtera ....

Pada hari Jumaat yang lepas iaitu pada 26hb. Ogos 2005, telah di adakan NDT (New Distributor Training) yang pertama di Smart Naco di adakan di Sungai Petani.

Satu hari suntuk berkursus.... di sebabkan ianya adalah kursus yang pertama memang ramai ahli Smart Naco yang menyertai program ini.... terutama sekali leader2 Smart naco di seluruh Malaysia. Memang ramai yang hadir , lebih daripada 100 orang aku rasa !



Program yang di anjurkan oleh pihak HQ di kelolakan oleh consultant luar iaitu En Anuarosli Salleh. Kami di ajar dengan 7 mentera "S" dalam MLM. Memang bagus dan menarik sekali kursus NDT ini. Aku pun tak sangka pihak Smart Naco telah menyediakan pakej yang lengkap di sepanjang perjalanan kursus tersebut.



Kami juga di berikan 2 produk sebagai "free gift" iaitu sebotol Cell Renew yang bernilai RM188 dan juga sekotak IGG Plus yang bernilai RM109.... tak rugi attend kerana wang yang di bayar jauh lebih rendah dari nilai free gift.

Sempat juga berkenalan dengan networkers Smart Naco di seluruh Malaysia kerana ada yang datang dari Langkawi, Kelantan, Selangor, Ipoh, Bidor, Teluk Intan dan sekitaran Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Lebih daripada 10 orang ahli rangkaian aku di Kuala Ketil, Sg Petani dan Pulau Pinang turut menghadiri kursus ini......

Di akhir kursus, kami di berikan sijil kehadiran dan juga satu azam baru untuk memajukan Smart Naco ke tahap yang lebih tinggi dan terbaik di Malaysia.

Kami juga di beritahu yang syarikat akan berpindah ke bangunan sendiri di dalam bulan September ini !

Wassalam .....

Khairul Aza
Presiden Direktor Smart Naco
016-416 1620

http://www.smart-naco.com

http://www.smartsuccessteam.com

Unit Trust Consultant Public Mutual
http://www.simpanduit2u.com

0 Comments:

Post a Comment

<< Home