Wednesday, July 06, 2005

Satu Kenangan .....

Salam sejahtera,

Malam nie kita bercerita soal lain pula. Bukan IGG Plus, Oyster Plus atau pun Smart Naco. Semalam saya menerima berita kematian bapa saudara saya di Kuala Kangsar. Sebenarnya pada hari ahad yang lepas secara kebetulan saya di Kuala Kangsar menziarahi ibu saya di sana. Pada pukul 4 ptg saya di beritahu bapa saudara saya telah di masukkan ke hospital Kuala Kangsar kerana sakit penat. Sempat juga saya melawat beliau di hospital pada petang ahad tersebut sebelum saya kembali ke Pulau Pinang.

Hari ini seharian saya di Kuala Kangsar. Memang ramai kaum keluarga dan sahabat handai yang datang memberikan penghormatan terakhir. Apa yang saya ingat dulu.... masa kecil-kecil ketika berumur dalam lingkungan 6-10 tahun memang selalu kami sekeluarga pergi ke rumah bapa saudara saya nie. Biasanya kalau nak berjalan jer ... pergi ke sana ... maklumlah pada zaman 70-an dari Kuala Kangsar ke Kuala Kurau dah kira jauh... Selalunya dengan kereta Austin, arwah ayah saya akan membawa kami sekeluarga ke Kuala Kurau. Pergi pagi dan petang barulah pulang semula ke Kuala Kangsar.

Sebelum bapa saudara saya bersara dari perkhidmatan bomba beliau transfer ke Kuala Kangsar dan terus menetap di kampung saya. Rumahnya pun bersebelahan dengan rumah ibu saya. Dalam usia 65 tahun beliau telah meninggalkan dunia ini..... dan yang tinggal hanyalah kenangan dan memori ketika beliau masih hidup. Biasanya apabila kita kehilangan seseorang barulah terasa betapa istimewanya mereka kepada kita.

Imbasan masa lalu bermain semula di kepala ini. Terasa suasana dah amat berubah. Dulu mereka-mereka ini masih muda dan saya dan saudara mara yang lain masih lagi kanak-kanak. Tapi zaman berlalu pantas.... dan genarasi baru silih berganti....

Kembali ke Pulau Pinang - esok kena fikir semula tentang perniagaan....

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas nya.

Wassalam.
Khairul Aza

0 Comments:

Post a Comment

<< Home