Sunday, October 29, 2006

Kembali semula berbisniss selepas hari raya !

Salam sejahtera semua....

Tengahari Jumaat aku dah sampai semula ke Kepala Batas selepas 2 hari berhari raya di kampung halaman. Tut...tut.... esok rupa-rupanya training motivasi cemerlang akan di adakan di NPC, Kepala Batas. Lupa lak...

Hari Sabtu aku turut iringi 5 orang ahli Smart Success Team yang turut menyertai program 3 hari 2 malam di NPC. Sempat juga berbual dengan mereka sebelum mereka masuk training.

InsyaAllah selepas training ini, mereka akan jadi wira-wira Smart Naco yang berwibawa sebagaimana yang telah aku jalani masa di Ulu Langat tempohari.

5 peserta SST yang bakal menjadi Jutawan Sejati Smart Naco

1. Hairuddin Abd (Che din)
2. Badai Putera
3. Azri Md Saad
4. Mohd Noor
5. Marzuki Alor Star

Tahniah Guys.... kerana berkorban meninggalkan Hari Raya untuk menjadi INSAN LUARBIASA HEBAT di SMART NACO.

Ok...semua, mari kita berbisniss semula !


Wassalam.

Khairul Aza


Friday, October 20, 2006

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin buat yang sudi mengunjung blog saya ini .


Wassalam,

Khairul Aza

Untuk Peluang Niaga MLM bersama Smart Success Team dan Smart Naco, klik di sini.

Wednesday, October 18, 2006

Pamplet Smart Wellness Pack

Salam sejahtera,

Pamplet ini boleh di dapati di stokis-stokis dan HQ . Boleh membantu anda dalam menjalankan perniagaan Smart Naco dengan lebih berkesan lagi. InsyaAllah.


Wassalam.

Khairul Aza

Tuesday, October 17, 2006

Sahabat

SAHABAT

Sahabat
Di kala aku keriangan
Mendengar sang camar berlagu riang
kaulah teman ketawaku

Sahabat
Di kala aku kesedihan
Mencari sinar pengharapan
Kaulah teman menangisku

Sahabat
Tiba kini detik perpisahan
Mawar merah ku hulurkan
Tanda persahabatan yang abadi
Untuk kejayaan di masa depan

Tuesday, October 10, 2006

Change

"I used to say, 'I sure hope things will change.'
Then I learned that the only way things are going to change for me is when I change."
- Jim Rohn

Monday, October 09, 2006

Biarlah rahsia

Salam sejahtera...

Aku baru jer dapat persembahan slides ppt produk Jus Pati Kurma dari HQ Smart Naco. Tertarik jugak aku dengan title slide tur "Biarlah Rahsia"..... .

Jadi kali ini mari kita berkenalan dengan produk Jus Pati Kurma 3k keluaran Smart Naco.


Kurma, Manjakani, kacip fatimah dan daun serapat lebih di kenali sebagai "herba-herba wanita" di negara-negara Islam. Ia selalu di gunakan sebagai tonik kombinasi tradisional bagi menolong masalah berhubung pra-menapous dan untuk mengetatkan kembali otot-otot pada sistem pembiakan wanita.

Formulasi Naco Jus Pati Kurma 3k ialah gabungan pelbagai herba dengan zat-zat penting seperti vitamin, mineral dan polisakarida. Esktrak alfalfa turut di campurkan untuk menambahkan khasiat dan potensinya.

Alfalfa membantu menggalak dan mengaktifkan fungsi kelenjar pituitari. Ia juga boleh menggiatkan sistem kelenjar dan sistem urin. Alfalfa mengandungi klorofil di mana ianya terkenal sebagai pembersih dalaman.

Kajian mendapati Naco Jus Pati Kurma 3k berkesan untuk membantu mengawalatur pengecutan otot-otot rahim.

Jus Pati Kurma 3K boleh membantu:

* Mengetatkan otot-otot pada bahagian sistem pembiakan wanita

* Menguatkan rangka tulang

* Mengekalkan kelembutan, kecantikkan dan kejelitaan kulit

* Meringankan simptom-simptom pra-menapous

* Meringankan masalah ketidak mampuan menahan kencing

* Mengurangkan masalah keputihan

* Mengembalikan keceriaan perkahwinan

* Meningkatkan kemesraan suami isteri

Cara pengambilan :

satu sudu besar, 2 kali sehari


Wassalam.

Khairul Aza

Dapatkan maklumat lanjut tentang Jus Pati kurma dengan mengisi borang di dalam laman web ini -- klik di sini sahaja !

Wednesday, October 04, 2006

Membina relationship di Internet

Salam sejahtera !

Kaedah mencari prospek di internet masih baru di Malaysia dan saya dapati ramai yang masih belum memahaminya secara mendalam. Bagaimanapun di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk memperkenalkan kepada anda laman web di mana anda boleh membina relationship dengan prospek ataupun bakal prospek-prospek anda.

Laman web ini baru sebentar tadi di lancarkan dan saya menerima e-mel daripada ownernya tadi. Selepas saya teliti, saya rasa tidak rugi menyertainya secara percuma kerana ia akan membina imej anda dan memperkenalkan diri anda kepada prospek-prospek anda dengan lebih dekat lagi.

Kepada rakan-rakan niaga di Smart Success Team , saya rasa ini peluang yang terbaik untuk anda membuka satu peluang mencari prospek di kalangan orang-orang yang menggunakan english .....

Sedikit tentang apa yang saya perolehi dari laman web tersebut : (Sorry in English...)

MSTV is brought to you by MLMD Inc, a 7 year old direct sales consulting and training firm. We understand your business and the importance of meeting new people online. On behalf of our entire staff, we would like to invite you to use MSTV to allow people to get to know you, your business and provide with the unique ability to offer the same service to anyone FREE!

MSTV Features and Benefits:

* Personalize your own MSTV website FREE!

* Offer the same service to anyone FREE!

* Anyone can replicate their website on yours FREE!

* MY Story Feature for you to tell "your story"

* MY Favorites to share your websites for business

* MY Audio featuring 10 reasons to work from HOME by Motivated Mike

* MY Video (custom feature to add your business video)*

* MY News to share up and coming events and conference calls

* MSTV ID which is your name, phone and email

* Member LOG IN to view your "online friends and prospects"

MSTV is a FREE service to you and anyone you choose to promote your website to for personal or business relationships.

Ok.... saya baru sahaja set-up saya punyai akaun di MSTV (masih belum siap sepenuhnya) .... Jika anda ingin mempunyai laman web sebegini dan berpeluang mempromosikan kepada "niche" market anda.... sila klik di sini untuk menyertainya secara PERCUMA !

Salam Sukses !

Khairul Aza

Tuesday, October 03, 2006

Momentum G2 berterusan !

Salam sejahtera semua !

Bulan Ramadhan begitu cepat berlalu.... dah lebih dari seminggu kita berpuasa. Bagi aku kenangan puasa yang paling manis adalah ketika belajar di Coloroda USA dan masa aku bekerja di Kanagawa Jepun ....

Kalau masa belajar kat US dulu, seingat-ingat aku kedua-dua puasa jatuh pada musim winter (sejuk). Jadi tak lah terasa sangat suasana puasanya. Lagipun aku ada kelas sampai pukul 10 malam dari Isnin hingga Khamis. Menu berbuka puasa yang paling biasa ialah sebotol Diet Coke dan beberapa keping biskut kering yang di beli dari vending machine kat university..... .

Paling best pun berbuka dengan Fillet Fish dari Burger King berdekatan. Aku belajar kat U yang tak ramai student Malaysia .... dalam sekitar 10 orang sahaja. Aku di University of Colorado di Denver dan kalau di campur dengan student melayu di University of Denver adalah dalam 30-40 orang termasuk keluarga mereka2 yang dah berkahwin dan punyai anak2.

U aku kat tengah2 downtown denver - jadi suasana puasa berjalan macam hari-hari yang lain juga - tiada beza. Namun pengalaman di sana banyak mengajar aku hidup berdikari dalam masyarakat yang berbeza.

Di Kanagawa Jepun , aku sempat berpuasa di sana sebab aku bekerja di Jepun selama setahun mendalami ilmu mereka cipta produk mekanikal di Atsugi Center (at last jadi usahawan MLM pulak.... !!!). Di Jepun, lagi lah ...aku seorang sahaja pekerja Melayu dan yang beragama Islam di situ. Tempat aku duduk memang ada pak-pak arab, tapi tak tahu ler.... .

Jadi di Jepun aku puasa sorang-sorang. Makan berbuka di kanten (kantennya std) Atsugi Design Center - dan biasanya dah tak banyak choice yang tinggal (daripada choice2 yang aku boleh makan) sebab berbuka dah lewat .... . Biasanya untuk bersahur aku beli bungkus ...dia panggil obento - ambil yang ada ikan jer... .

Begitulah suasana berbeza yang pernah aku alami di perantauan..... . Seronok sebab aku menimba pelbagai pengalaman.... Macam buat Smart Naco jugalah. Tak terlintas untuk aku ke Indonesia untuk membina rangkaian. Tapi sekarang dah ramai kenalan dan rangkaian aku kat Indonesia.... Seronok dan memang seronok macam pengalaman yang aku dapat masa duduk di US belajar selama 2 tahun di sana dan bekerja diJepun selama 1 tahun....... .

Momentum G2 terus mengaum di SST. Sekarang dah ready 2 lagi tools untuk rakan2 SST gunakan. Semalam dah buat preview dengan Core members - semuanya beres.

Aku juga dah up kan satu lagi laman web baru iaitu laman web incomedarirumah. G2 yang baru bermula 2 bulan yang lepas masih di peringkat awal. Aku jangkakan Kemuncak Momentum G2 Smart Success Team akan mula terasa pada bulan Mac 2007. Sekarang ini di peringkat test test dan test. Jadi jika anda di sana ingin rasakan momentum G2 SST silalah bersama kami.

Aku baru sahaja meletakkan 2 peta di SST centre. Satu peta Malaysia dan satu lagi peta Indonesia. Anda nantikan ledakan momentum G2 SST di semua tempat.... terutamanya di Indonesia..... .

Mari bersama-sama kami kita naik ke atas dalam mengejar impian di Smart Naco bersama rangkaian Smart Success Team.

Wassalam.

Khairul Aza