Tuesday, October 03, 2006

Momentum G2 berterusan !

Salam sejahtera semua !

Bulan Ramadhan begitu cepat berlalu.... dah lebih dari seminggu kita berpuasa. Bagi aku kenangan puasa yang paling manis adalah ketika belajar di Coloroda USA dan masa aku bekerja di Kanagawa Jepun ....

Kalau masa belajar kat US dulu, seingat-ingat aku kedua-dua puasa jatuh pada musim winter (sejuk). Jadi tak lah terasa sangat suasana puasanya. Lagipun aku ada kelas sampai pukul 10 malam dari Isnin hingga Khamis. Menu berbuka puasa yang paling biasa ialah sebotol Diet Coke dan beberapa keping biskut kering yang di beli dari vending machine kat university..... .

Paling best pun berbuka dengan Fillet Fish dari Burger King berdekatan. Aku belajar kat U yang tak ramai student Malaysia .... dalam sekitar 10 orang sahaja. Aku di University of Colorado di Denver dan kalau di campur dengan student melayu di University of Denver adalah dalam 30-40 orang termasuk keluarga mereka2 yang dah berkahwin dan punyai anak2.

U aku kat tengah2 downtown denver - jadi suasana puasa berjalan macam hari-hari yang lain juga - tiada beza. Namun pengalaman di sana banyak mengajar aku hidup berdikari dalam masyarakat yang berbeza.

Di Kanagawa Jepun , aku sempat berpuasa di sana sebab aku bekerja di Jepun selama setahun mendalami ilmu mereka cipta produk mekanikal di Atsugi Center (at last jadi usahawan MLM pulak.... !!!). Di Jepun, lagi lah ...aku seorang sahaja pekerja Melayu dan yang beragama Islam di situ. Tempat aku duduk memang ada pak-pak arab, tapi tak tahu ler.... .

Jadi di Jepun aku puasa sorang-sorang. Makan berbuka di kanten (kantennya std) Atsugi Design Center - dan biasanya dah tak banyak choice yang tinggal (daripada choice2 yang aku boleh makan) sebab berbuka dah lewat .... . Biasanya untuk bersahur aku beli bungkus ...dia panggil obento - ambil yang ada ikan jer... .

Begitulah suasana berbeza yang pernah aku alami di perantauan..... . Seronok sebab aku menimba pelbagai pengalaman.... Macam buat Smart Naco jugalah. Tak terlintas untuk aku ke Indonesia untuk membina rangkaian. Tapi sekarang dah ramai kenalan dan rangkaian aku kat Indonesia.... Seronok dan memang seronok macam pengalaman yang aku dapat masa duduk di US belajar selama 2 tahun di sana dan bekerja diJepun selama 1 tahun....... .

Momentum G2 terus mengaum di SST. Sekarang dah ready 2 lagi tools untuk rakan2 SST gunakan. Semalam dah buat preview dengan Core members - semuanya beres.

Aku juga dah up kan satu lagi laman web baru iaitu laman web incomedarirumah. G2 yang baru bermula 2 bulan yang lepas masih di peringkat awal. Aku jangkakan Kemuncak Momentum G2 Smart Success Team akan mula terasa pada bulan Mac 2007. Sekarang ini di peringkat test test dan test. Jadi jika anda di sana ingin rasakan momentum G2 SST silalah bersama kami.

Aku baru sahaja meletakkan 2 peta di SST centre. Satu peta Malaysia dan satu lagi peta Indonesia. Anda nantikan ledakan momentum G2 SST di semua tempat.... terutamanya di Indonesia..... .

Mari bersama-sama kami kita naik ke atas dalam mengejar impian di Smart Naco bersama rangkaian Smart Success Team.

Wassalam.

Khairul Aza

0 Comments:

Post a Comment

<< Home