Saturday, April 29, 2006

Buku yang saya beli dan baca bulan ini

Salam sejahtera...

Dah lewat malam..... eheheh.. dah pagi rupa-rupanya ! Hari ini aktiviti penuh juga rupa-rupanya. Pagi aku ke LHDN nak buat submission tax, maklumlah last year aku masih kerja. Banyak jugak yang aku buat dan kira-kirakan...

Petang selepas solat jumaat, buat order produk lagi, maklumlah last minute nie memang ramai yang nak order produk, nak buat maintenance dan ada yang baru saja clear cheque bonus !

Malam aku banyak menghabiskan masa mengemaskinikan buku kira-kira tahun ini...maklumlah lesson learned dari kira-kira yang aku buat untuk 2005. Lepas tur melayari web...rakan-rakan cyber yang lain. Prospekpun adalah 1-2 mukasurat yang nak mendapatkan VCD Smart Success Team.

Semalam aku dah siapkan "Manual Kejayaan" SST di dalam Pakej CD (untuk PC jer). Jadi, mudahlah kalau ada sesapa team SST yang nakkan manual dan info - semua ada dalam CD tur.. lebih daripada 700 MB informasi. Kalau anda faham English - memang berbaloi. Bercakap pasal English nie, web dalam bahasa Inggeris akupun dah ramai yang masuk kat www.khairulaza.com . Ada lak sorang editor majalah MLM kat US yang emel aku baru-baru nie sebab ada orang suruh dia tengok journal aku. Mana ler dia tahu baca... hehehehe... anyway, aku reply emel dia sebab aku memang dah kenal dia di alam cyber di TGN (Greatestnetworker.com)

Masa-masa yang terluang (masa tak de meeting dan panggilan telefon) aku jelajah kedai-kedai buku kat S.Jaya dan BTW sebab ada 2-3 downline aku yang nakkan buku Jutawan MLM yang di terbitkan oleh pts.com.my tur. Cantikkkk ... minggu ulang cetak kot, di kedua-dua kedai Harfa yang aku tengok, semua ada jual balik buku tur....

Aku juga sempat sambar 2 lagi buku yang aku terus baca sekarang nie iaitu satu buku baru dari Rozani Pawan Chek iaitu Kuasa Minda separa sedar. Sedikit sebanyak kandungan dia macam kat bawah nie ...

Minda Sedar
Minda Separa Sedar
Cara Jasad Bertindak
Aktiviti Gelombang Otak
Harta Karun pada Diri Anda
Kuasa Genius Mengawal Sistem Badan
Umpama Kamera Pengalaman
Minda yang Positif
Minda dan Badan Manusia
Menjadi Bos kepada Minda

Dan banyak lagi....



Satu lagi tur aku grab jugak buku yang dah lama di pasaran tapi memang mendapat tempat iaitu 55 Petua Orang Berjaya . Antara kandungannya...

Bahagian 1:
Matlamat dan Kejayaan
Petua 1 Saudara Bukan Gagal, Tetapi Belum Berjaya
Petua 2 Saudara Perlu Berubah Apabila Mahukan Perubahan
Petua 3 Berfikir seperti Juara
Petua 4 “Saya Tidak Mahu Berjaya, Saya Mahu Sangat Berjaya”
Petua 5 Serang!! Mana pintu gol?
Petua 6 Gambarkan Matlamat Saudara dengan Jelas
Petua 7 Meniru untuk Berjaya, Berani?
Petua 8 ‘Bernafsu’ untuk Bekerja
Petua 9 Jadilah seperti Asap dan Air

Walaupun income tahunan dah jadi bulanan, aku masih terus membaca dan belajar. Semoga apa yang aku pelajari boleh aku praktikkan dan mengajarnya pula kepada yang lain....

By the way kepada sesiapa yang memerlukan pakej lengkap internet seperti laman web, sequential unlimited autoresponders, scripts, leads dan conference room, anda boleh mencuba wwkiosk secara USD1 trial..... .

Wassalam.

Khairul Aza

Smart Presiden Direktor Smart Naco
klik di sini untuk Panduan ke Puncak kejayaan !

Sunday, April 23, 2006

Network marketing . Is it more than just luck

Network Marketing. Is it more than just luck?

Salam sejahtera....

Dah pukul 1:20 pagi nier.... handphone aku masih dok ting tong ting tong...masih ada downline aku yang SMS.... sempat balas aku balas SMS tur..kalau tak esok pagi saja lah..

Sejak buat MLM Smart Naco... time tidur pun dah tukar sikit, pukul 2 pagi atau 2:30 pagi baru rasa mengantuk. Siang hari macam biasa gak....

Aku dah habis aktiviti dengan PC aku malam nier. Dok tengah surfing dan baca emel, aku sedang mendengar con-call dengan guest speaker dia, Chris Widener. Syok jugak topik dia kali nie... tapi anda kena faham english dan ada broadband connection kalau tak selalu jam lah rakaman yang anda dengar tur...

Tajuk apa yer... con-call dari Chris Widener nie yer ? Aku tajuk dia" Network Marketing : is it more than just luck?" .

Kalau anda nak dengar rakaman con-call tur macam yang saya dengar sekarang... mula-mula pergi ke

http://www.thenetworkmarketingmagazine.com

selepas tur tengok kat home page tur di bawah banner "Book of the Month" .Ada tulis macam nie ..

Did you miss any of the Speaker Series Calls? Click here to listen to them now ....

So klik jer dan tunggu sat dan kemudian pilih jer mana2 con-call yang anda nak dengar ... pilih Chris Widener... He is one of the best !

Okay... chow... nak dengar dan fokus pada con-call nier...

Wassalam
Khairul Aza

Tuesday, April 18, 2006

Hari Pertama di pejabat sendiri.....

Hari pertama di pejabat sendiri.....

Aku pack PC dan semua peralatan yang aku perlukan ke dalam kereta.Dalam pukul 11 pagi aku sampai kat office aku tur.... Maklumle tingkat 3 termengah-mengah jugak mengangkat PC dan lain-lain peralatan.

Selepas setup semua tur kat meja aku... aku terus start....

Banyak aktiviti yang terbengkalai aku settle-kan sebab gangguan kurang.Di rumah aktiviti amat terhad, di stokis nak guna PC memanglah tak boleh dan kalau aku ke branch Public Mutual takkan aku nak sembang pasai susu kot!

So, ada ofis sendiri aku bolehlah buat apa yang aku nak buat .... susu ke,unit trust ke, internet ke.... cuma tidur je tak leh ! hehehehe....

so, hari nie memang marathon.... aku dah settle banyak jugak perkara..

1. Call prospek Public Mutual
2. Call prospek Smart Naco
3. Call downline dan ajar mereka tentang marketing plan sikit2
4. Jawab pelbagai SMS yang aku terima
5. Settle semua web yang pending ...
6. Complete semua borang2 investment client aku kat Public Mutual





ehem...ehem, aku juga ada sedikit masa menulis di dalam blog aku nie...dan aku dah ON balik e-majalah USAHAWAN SUKSES Tips yang terdapatdi dalam web
www.free2retire.biz tur.

Bulan ini, Free Gift untuk pelanggane-majalah tur hebat tau.... e-book "Think and Grow Rich". Langgan dengan klik di sini.

E-majalah bulan April akan keluar tak lama lagi...so langgan cepat2.....

oh ya... aku juga dah ada blog untuk tips bagaimana nak menyimpan duit untuk jadi kaya perlahan-lahan tapi pasti..... ya la, rata-rata dah ada banyak income dari Smart Naco, labur dan simpan lah untuk masa depan anda.

Hari ini aku tumpukan pada dokumen-dokumen yang belum settle. Esok action day - menaja, melatih rangkaian dan berjumpa client2 aku.

Jika anda nak mengubah kehidupan pada yang lebih baik..... aku ada cadangannya. Aku bermula dan berjaya dengan MLM Smart Naco. Melalui Smart Success Team impian aku tercapai dalam masa kurang dari setahun. Tapi perjalanan bukannya mudah, nak tahu dan belajar, hantarkan informasi anda denga klik di sini.

Hendak seribu daya,tak mahu seribu dalih. Kalau ada kemahuan, kami ada jalannya.

InsyaAllah.

Wassalam.

Jumpa anda di puncak kejayaan.....

Khairul Aza
Smart Success Team
Smart Presiden Direktor Smart Naco
Unit Trust Consultant

Friday, April 14, 2006

Hanya Tuhan yang tahu .....

Salam sejahtera .....

Sepanjang bulan April ini, alhamdullilah.... aku dan rakan-rakan SST telah mengadakan pelbagai sessi latihan di SP, Ipoh, Alor Star, KL, Klang, Bangi,Shah Alam, JB dan Seremban....

Aku dapat rasakan satu kepuasan ...yang bukannya kerana wang tetapi kerana aku dapat memberikan apa yang aku tahu dan buat semoga rangkaian aku yang lain pun boleh mencapai kejayaan sebagai mana yang telah aku alami....

Aku bukannya orang hebat dalam MLM sebelum ini. Dah lebih 10 tahun aku jatuh dan mencuba MLM.. Alhamdullilah, akhirnya impian aku untuk menjadi BOSS sendiri pada tahun 2005 tercapai !

Sudah 2-3 hari aku on the road setiap malam dan sampai rumah lewat pagi. Aku dan beberapa rakan pemimpin yang lain baru-baru mengadakan sessi dialog dengan pihak pengurusan Smart Naco. Syukur, setelah berjumpa dan bersuai kenal dengan lebih rapat, keyakinan dengan pihak pengurusan telah menjadi LEBIH HEBAT DAN YAKIN LAGI..... dan aku rasa pemimpin yang lain-lainpun merasakan perkara yang sama.....

Marathon dialog .... dari pukul 3 ptg hingga ke 10 mlm - break minum ptg dan bersolat sebab di HQ di sediakan tempat solat berasingan untuk lelaki dan wanita. Walaupun kecil tapi alhamdullilah ada kemudahan bersolat di Smart Naco....

Balik ke Penang malam tur jugak.... Nik memang dah tak boleh drive malam-malam, jadi aku lah pulun membelah kegelapan malam di sepanjang highway ke penang.... pukul 3 pagi baru sampai.

Semalam ...sibuk pulak membuat analisa PV dan BV bagi memastikan tiada forms atau jualan yang tercicir dari rangkaian terutama sekali yang nak mencapai target-target tertentu !

Semalam aku di Alor Star... adalah 8 orang rangkaian SST di sana nak berjumpa bagi memberikan sedikit ilmu yang ada. Ada seorang leader aku di kedah yang bercerita bagaimana belaiu MEMANG DAH NAK GIVEUP apabila bonus dalam rm300 turun menjadi rm150 walaupun USAHA yang di berikan lebih 100 peratus dari bulan sebelumnya.... Ternyata kalau BELIAU GIVEUP dan berhenti memang beliau tak dapat menikmati BONUS 5 angka sekarang ini ! Apa tidaknya... bulan di mana beliau rasa nak GIVE UP....beliau dapat INCOME yang LUMAYAN dan sekarang dah mendapat pendapatan 5 angka sebulan !

Aku masih ingat pertama kali aku jumpa dia di Alor Star... masa tur aku bawa kembara saja dan beliau memang dalam kesempitan kewangan.... aku ingat dulu dia pernah kata, "Boleh ke saya buat bisniss ni?". Sebab dia memang tak pernah buat MLM.... Tapi sekarang alhamdullilah, berkat usaha dan kesanggupan beliau untuk belajar, akhirnya income yang dulu angan-angan dah terpampang di depan mata !

Ya... kadang-kadang kita give-up dan menyerah kalah di kala KEMENANGAN dah berada di depan mata.... Allah maha adil.... kalau kita berdoa, " Ya Allah Kau lepaskan aku dari kesempitan kehidupan dan Kau berikanlah aku kesenangan di dunia dan kebahagian di akhirat....".

Allah tak kan bagi kita DUIT .... secara terus, tetapi Dia ketemukan kita dengan PELUANG untuk mengubah nasib. Terpulanglah pada anda samada nak mengambilnya atau tidak....

Aku turut sebak bila ada ahli di dalam rangkaian aku yang mendapat pendapatan LUAR BIASA HEBAT tak sampai setahun menitiskan air mata apabila ibunya pernah di satu masa dulu memarahinya kerana tidak bekerja dan hanya buat MLM saja. Kini beliau berjaya. Alhamdullilah dan aku turut tumpang gembira kerana ada insan yang berjaya.....

Oh ya... rakan aku yang sama2 dengan aku menyewa sebuah ruang pejabat dah letakkan meja di sana. Aku berterima kasih padanya kerana dia sorang2 yang handle sebab aku selalu out-station.... nanti aku nak ke sana tengok suasana pejabat tur dan bagaimana aku nak buat perancangan sebagai ruang untuk aku merancang pergerakkan rangkaian SST.

Wassalam.

Jumpa anda di puncak kejayaan !

Khairul Aza
Smart Presiden Direktor Smart Naco

One VCD a day, FREEDOM is on my way

Monday, April 10, 2006

Berpendapatan 5 angka sebulan....RAHSIAnya

Ada yang bertanya bagaimana nak mendapat pendapatan 5 angka dalam masa yang singkat....

Sebenarnya memang tiada jalan singkat. Kalau ada sekalipun, rangkaian tak kukuh dan andamungkin akan kecewa dan give-up dalam masa yang singkat juga...

Untuk memperolehi pendapatan 5 angka, kita mesti gunakan kaedah yang betul. Iaitu kaedah yang telah di pratikkan oleh pemimpin-pemimpin yang telah membuktikan kejayaan mereka.

Jika anda di dalam SST (Smart Success Team)... kami mengamalkan satu konsep iaitu..

HANYA BERIKAN INFORMASI KEPADA YANG BERMINAT DAN INGIN TAHU.

Jika anda mengamalkan dan mempraktikkan konsep di atas, jumlah penolakkan yangakan anda terima adalah minima.

Untuk berjaya dan berpendapatan 5 angka dalam Smart Naco .... anda perlu ada:

1. Impian

Impian adalah pendorong TERKUAT untuk anda berusaha bersungguh-sungguh.Tanya pada diri anda KENAPA AKU NAK BUAT perniagaan Smart Naco ? Bila andasudah mempunyai SEBAB (Kenapa) yang BIASANYA datang dari impian anda, anda akan dapat mencari Bagaimana (iaitu cara-cara untuk melakukan bisniss Smart Naco)


Selepas anda menuliskan impian dan sebab kenapa nak buat Smart Naco, anda kena menetapkan MATLAMAT. Matlamat mestilah LENGKAP ... gunakan kaedah

2. Matlamat

Matlamat kena SMART .

S- Specific (Tepat)
M - Measurable (Boleh di ukur)
A - Attainable (Mampu di capai)
R - Realistic (Berdasarkan kemampuan anda)
T - Timeline (Ada tarikh untuk mencapainya)

Sebagai contoh :
Saya berikrar akan mendapat pangkat PD dengan jumlah PV 50,000 dan memperolehi pendapatan RM7,000 sebulandi dalam bulan December 2006.
Setelah anda ada Impian, dan ketetapan Matlamat, kini anda perlu FOKUS kepada bisniss anda.

3. FOKUS

Bagi saya fokus adalah satu tindakan yang tidak berbelah bagi di dalam menjalankan bisniss anda. Biarpunpelbagai badai dan kepayahan melanda, anda TETAP dalam bisniss dan FOKUS sepenuhnya.

Pada saya FOKUS bererti saya TELAH MEMBAKAR SEMUA JAMBATAN YANG MENGHUBUNGKAN SAYA DENGANKESELESAAN SEKARANG (comfort zone). Ia bermakna TIADA JALAN PULANG LAGI.

4. TINDAKAN BESAR-BESARAN dan BERTERUSAN.....

Setelah anda fokus, anda perlu ambil tindakan besar-besaran dan secara berterusan. Di sini bukanlah bererti anda tidak berehat langsung. Kita ada 24 jam sehari. Jika anda buat secara Part Time, mungkin 8 jam untukbekerja, 8 jam untuk tidur dan 8 jam lagi adalah untuk yang lain-lain. Gunakan 3 jam sehari untuk melakukan bisniss SMART NACO.

Tindakan besar-besaran dan berterusan bagi saya ANDA KENA LAKUKAN BISNISS INI HARI-HARI walaupunTINDAKAN YANG ANDA ambil adalah kecil - tapi lakukan hari-hari....

Pada saya ianya di panggil SDA (Single-Daily-Action).

Apa yang boleh anda lakukan hari-hari ?
1. Berjumpa dengan prospek (1 sehari)

2. Menghubungi upline (1 sehari)
3. Menghubungi downline (1 sehari)
4. Menulis emel samada kpd downline, prospect atau kenalan (1 sehari)
5. Mencari kenalan baru (1 sehari)
6. Memberikan VCD (1 sehari)
7. Menerangkan ttg Pelan pemasaran (1 sehari)
8. Menceritakan kebaikan produk (1 sehari)
9. Dan Lain-lain

Pokok pangkalnya, anda kena lakukan SETIAP HARI.... gunalah motto saya di bawah ini

"ONE VCD A DAY, FREEDOM IS ON MY WAY"

Lama-kelamaan, benih yang anda taburkan akan membuahkan hasil yang lumayan di satu hari nanti.

Tapi anda perlu ingat, tak semua benih akan membuahkan hasilnya.....

1. Ada benih yang akan di makan ulat dan burung ....dan ianya akan hilang...
2. Ada benih yang tumbuh di tanah yang gersang, akhirnya ia mati dan layu ...... dan ianya akan hilang...
3. Ada benih yang tumbuh segar dan menghasilkan buah yang amat banyak, manis dan mekar selalu.... inilah PD anda !

Berbalik kepada ASAS

Lakukan 4 S ... dan anda tidak akan tersilap langkah ...

1S - Selling (menjual)
2S - Sponsoring (Menaja)
3S - Servicing (Memberi khidmat)
4S - Schooling /System (Belajar dan terus belajar....)



Ingat kepada A-B-C-D.... iaitu

A- menjadi AHLI yang ada AZAM untuk mengubah KEHIDUPAN

B- BELI produk (guna hari-hari)

C- CERITA pada orang, prospek hari-hari

D- DUPLIKASI pada rangkaian anda...

C dan D adalah amat penting untuk mendapatkan ribuan ringgit di dalam bentuk RESIDUAL INCOME. Jika anda memberikan 30 vcd atau persembahan peluang kepada 30 orang sebulan tetapi GAGAL melakukkan D iaitu duplikasi, anda masih tidak mampu untuk mendapatkan pulangan yang LUMAYAN.

Untuk mendapat 5 angka sebulan, anda hanya memerlukan apa yang ada di atas.

Pokok pangkalnya anda kena ada MINDA yang POSITIF dan MENGAMBIL 100% TANGGUNGJAWAB DI ATAS KEJAYAAN DIRI ANDA...



Wassalam.
Khairul Aza

SMART Presiden Direktor Smart Naco

Klik di sini untuk mendapatkan RAHSIA bekas jurutera berhenti kerja selepas 6 bulan menjalankan perniagaan Smart Naco dengan hanya sekeping VCD sehari !

Friday, April 07, 2006

Ubah sikap dan minda

Salam sejahtera ...

Untuk bulan April nie, buku yang anda perlu baca untuk menambah pengetahuan anda ialah buku "Berubah untuk KAYA". Sekarang dah berada di pasaran. Saya dah beli dan sedang membacanya..... di samping itu ada banyak juga buku-buku lain yang saya baca untuk mendapatkan yang terbaik untuk saya rekomenkan pada bulan Mei nanti ....

Ni ada sebahagian yang di ambil dari bab 44 dari buku tersebut ......

Sikap adalah faktor penting kejayaan ataupun kegagalan kita dalam apa jua bidang. Apabila kita sentiasa bersikap jujur, orang sentiasa percaya pada kita. Apabila sekali kita tidak bersikap jujur, orang mula tidak percaya.

Apabila kita dapat berlebih kurang dengan orang lain, nanti orang lain juga berlebih kurang dengan kita. Keadaan yang sama berlaku apabila kita terlalu berkira dan kedekut, nanti orang lain pun turut berkira dan kedekut dengan kita.Seandainya kita berfikiran terbuka dan bersikap suka mendengar, kita mudah mendapat ilmu dan peluang. Kita perlu tahu sebaik-baik sikap adalah mendengar.Apabila kita berlagak pandai, nanti orang tidak memberikan ilmu dan peluang kepada kita. Tinggallah kita terkapai-kapai seorang diri. Orang melabelkan kita sebagai bodoh sombong. Kita perlu ingat, ilmu Tuhan ini luas, sehingga mati pun ia tidak habis.Sikap suka menyalahkan orang juga tidak baik. Memang ada orang lain yang berbuat salah.

Masalahnya kita lupa pada kesalahan diri kita sendiri. Kita yang hendak berjaya, bukan orang lain. Ada kala kita lupa yang kita selalu bersikap negatif. Ada saja yang tidak betul. Kita lupa di sebalik keburukan ada kebaikan. Kita juga lupa di sebalik kegagalan ada kejayaan.Orang yang bersikap bodoh sombong adalah orang yang rugi. Begitu juga orang yang kedekut dan selalu berkira. Kita semakin rugi apabila tidak mahu bekerjasama, saling membantu dan bertolak-ansur.Sebaiknya kita perlu kembali pada diri sendiri.

Cerminkan diri bagi melihat dan menilai diri kita seketika. Cuba cari apa kelemahan diri kemudian senaraikan apa kekuatan dan kelebihan diri kita. Kelemahan ataupun sikap yang buruk perlu diperbaiki.Ada kala kita mengeluarkan sedikit wang bagi membelanja kawan dan prospek. Kita tidak patut mengatakan perbuatan itu merugikan sedangkan ia adalah suatu pelaburan.

Tiada satupun perniagaan tanpa modal yang tidak perlu mengeluarkan wang. Semua perniagaan perlu mengeluarkan modal terlebih dahulu cuma jumlahnya sahaja berbeza.Anggaplah apa jua aktiviti yang terpaksa mengeluarkan wang sebagai pelaburan bagi jangka masa panjang seperti menghadiri kursus, mesyuarat, mencari prospek, berjumpa kawan dan membeli alat bantuan perniagaan. Biarlah sikap kita sentiasa positif dan terbuka.

Dipetik daripada: Bab 44, buku Berubah Untuk Kaya

Wassalam.

Khairul Aza

Berhenti kerja setelah 6 bulan di Smart Naco - rahsianya .... klik di sini

Tuesday, April 04, 2006

Fikirkan BOLEH !

Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Saturday, April 01, 2006

struggle ........

A man found a cocoon of an emperor moth. He took it home so that he could watch the moth come out of the cocoon. On that day a small opening appeared, he sat and watched the moth for several hours as the moth struggled to force the body through that little hole.Then it seemed to stop making any progress. It appeared as if it had gotten as far as it could and it could go no farther. It just seemed to be stuck. Then the man, in his kindness, decided to help the moth, so he took a pair of scissors and snipped off the remaining bit of the cocoon.

The moth then emerged easily. But it had a swollen body and small, shriveled wings. The man continued to watch the moth because he expected that, at any moment, the wings would enlarge and expand to be able to support the body, which would contract in time. Neither happened! In fact, the little moth spent the rest of its life crawling around with a swollen body and shriveled wings. It was never able to fly.What the man in his kindness and haste did not understand was that the restricting cocoon and the struggle required for the moth to get through the tiny opening was the way of forcing fluid from the body of the moth into its wings so that it would be ready for flight once it achieved its freedom from the cocoon.

Freedom and flight would only come after the struggle. By depriving the moth of a struggle, he deprived the moth of health.Sometimes struggles are exactly what we need in our life. If we were to go through our life without any obstacles, we would be crippled. We would not be as strong as what we could have been. Give every opportunity a chance. Leave no room for regrets.

-Author Unknown


"Who Else Wants To Earn Up To $20,000 Per Month by Simply "Giving Away" FREE VCD Testimony That Helped 38 years old Engineer quit his job in just 6 months?"