Tuesday, January 30, 2007

A Date With Smart Naco - Kota Kinabalu Sabah (the last destination)

Salam Sejahtera !

Hari Isnin (semalam) kau dan SPD Zul selamat sampai ke Penang Airport pada jam 11 malam dari KL selepas hampir 5 jam transit di LCCT.

Perjalanan ke Kota Kinabalu pada kali ini berjalan dengan lancar. Kami tiba di KK dalam jam 3 petang pada hari Sabtu dan terus check-in di Tang Dynasty Hotel. Sejam selepas sampai, salah seorang prospek aku di KK tiba di Lobby hotel. Beliau menjadi ahli dengan pembelian sekotak susu IgG-Plus. Sales Kit, VCD dan produk aku berikan on the spot sebab aku memang ada bawa bekalan produk. Cuma produk percuma dengan keahlian RM50 iaitu Superclay akan aku poslaju ke KK.

Selamat datang buat ahli baru dari KK. Di sebelah malam bersama dengan 2 orang bakal pemimpin SST di Kota Kinabalu iaitu en Samri dan en Harun, kami menghabiskan masa di tepi pantai sambil menikmati makan malam di situ.

Panjang juga perbualan kami dan kedua-dua bakal leader yang akan mengegarkan KK, Sabah ini juga tak boleh melelapkan mata malahan mereka singgah minum sekali lagi membincangkan strategi bagaimana nak memperluaskan rangkaian di sabah walaupun aku dan Zul dah balik ke bilik hotel.... memang hebat dan aku kagum dengan semangat yang di tunjukkan walaupun tanpa leader di sekitar KK bagi membantu mereka sekerap mungkin.

Esoknya acara bermula pada jam 1:30 petang. Sejak awal pagi hujan turun tidak berhenti-henti di KK. Angin juga bertiup walaupun taklah kencang sangat. Walaupun begitu, suasana di dewan sudah mula penuh tepat jam 2 petang. Ramai sungguh yang hadir sehinggalah ada yang terpaksa berdiri. Kehadiran adalah 50 peratus Bumiputera dan 50 peratus kaum China. Dalam 50 peratus kaum bumiputera, separuh adalah ahli-ahli di bawah rangkaian Smart Success Team. En Harun dan En Samri dengan 15 orang kehadiran, di fahamkan PD Azman membawa lebih daripada 20 orang dari Keningau dan Sandakan ke KK kali ini. Beliau dah seminggu di Sabah membuka rangkaian SST di sana. Manakala, ada kehadiran dari Marudu, dan Ustaz Azizan turut membawa rangkaian beliau ke Road show kali ini.


Komitmen dari team Sandakan, Keningau dan Kota Kinabalu untuk mengadakan Smart Start Training di tempat masing-masing amat di banggakan. Kami di SST Center, berbesar hati untuk meneroka pasaran di Sabah dengan lebih aggresif lagi.

Esoknya sebelum ke airport sempat sarapan pagi dengan Bro Man - makan nasi kuning.....

Hebat .... pastinya hebat. Bila lagi anda ingin menyertai SST, team yang paling popular di Smart Naco - klik saja di sini kerana anda akan memperolehi 12 Hadiah MISTERI dan 2 sachets Nacofe dengan hanya memberikan informasi anda dan berpeluang menyertai team yang paling komited dalam membina IMPIAN rangkaiannya !

Think BIG, Dream BIG and Start SMALL

Wassalam,

Khairul Aza

Friday, January 26, 2007

Merekrut secara pembelajaran

Salam Sejahtera,

Di antara teknik-teknik yang natural di dalam membuat penajaan ataupun merekrut adalah dengan memberikan informasi kepada bakal prospek anda. Melalui maklumat yang berasaskan informasi pembelajaran, prospek anda akan mengenali perniagaan MLM melalui proses pembelajaran sendiri.

Ianya boleh membantu anda untuk mengelakkan emosi diri yang takut kepada penolakan peribadi. Di dalam blog saya ini saya sudah meletakkan beberapa sumber yang menarik "Kenapa Memilih Perniagaan MLM" iaitu di blog saya di bravejournal . Walaupun kebanyakkan sumber -sumber ini adalah di dalam English, tetapi ianya mudah di fahami...

Yang pertama anda boleh menghantar link audio "Exit The Rat Race" dari Randy Gage kepada prospek anda. Mereka boleh mendengar audio dari Randy Gage melalui PC mereka.

Kemudian berikan pula Video Online "Check Out The Biz" dari Randy Gage. Ianya akan membuka mata prospek anda tentang peluang perniagaan MLM yang terbuka luas dan berpotensi tinggi. Contohnya perniagaan MLM bersama Smart Naco dan Smart Success Team .

Selepas itu boleh juga menghantar link di dalam laman web Richard Brooke di mana prospek anda boleh membawa turun e-buku yang menerangkan secara padat mengenai Network Marketing. Terdapat 2 versi iaitu di dalam Bahasa Malaysia dan juga English.

Jika prospek anda ragu-ragu, hantar sahaja link dari Richard Brooke di mana mereka boleh mengambil satu quiz atau survey samada mereka berpotensi untuk berjaya dalam MLM atau tidak. Jika setelah mereka ambil survey dan terbukti ianya tidak sesuai dengan mereka, tidak perlulah anda taja mereka kerana yang penting adalah KUALITI tajaan anda, bukan KUANTITI.

Untuk berpendapatan RM3,000 sebulan di dalam Smart Naco anda cuma perlukan 150 pengedar yang membeli minima 200 PV. Untuk berpendapatan RM5,000 sebulan hanya memerlukan 200 pengedar yang membeli minima 200 PV sebulan dan untuk mencapai pendapatan 5 angka iaitu RM10,000 sebulan anda cuma memerlukan 350 pengedar berKUALITI yang membeli 200 PV minima sebulan. Jadi ianya bukan kepada KUANTITI, lebih kepada KUALITI ..... . Saya mempunyai lebih daripada 50,000 pengedar di bawah jaringan saya dalam masa 2 tahun yang lepas di Smart Naco.

2 kaedah yang saya guna-pakai untuk mendapatkan niche dari golongan executive adalah dengan menggunakan :

1. Magnetic Sponsoring

Pakej magnetic sponsoring (di hantar melalui post dari US) berharga USD47 (one time pay).Tetapi anda akan di berikan laman web magnetic sposnsoring di mana anda boleh memberikan e-course percuma kepada bakal prospek anda. Di dalam member area anda mempunyai semua maklumat prospek anda yang melanggan e-course tersebut. Di sinilah anda akan mula membina persahabatan dengan prospek yang mengambil e-course tersebut.

Jika mereka berminat untuk mendapatkan pakej magnetic sponsoring dan membelinya dengan harga USD47, anda mendapat komisen affiliate sebanyak USD20. Front end sale. Back end sale adalah dengan memperkenalkan perniagaan MLM anda (dalam kes saya Smart Naco) kepada mereka. So, konsep yang menarik. Anda di bayar mendapatkan prospek walaupun jika mereka tidak menyertai MLM anda..... . (Funded Proposal Concept)

Dengan cara ini walaupun prospek anda sedang menjalankan MLM yang lain, dan mereka tidak akan menyertai MLM anda (Smart Naco) ,anda masih boleh mendapat imbuhan dari mereka jika mereka tertarik dengan kaedah Magnetic Sponsoring dari Mike Dillard ini.

2. HomeBusinessGo

Anda berikan web HomeBusinessGo anda kepada prospek. Mereka menonton online movie dan berminat mengetahui dengan lebih lanjut dan mengisi borang maklumat. Jika mereka sertai bisniss Smart Naco anda dan berminat menggunakan sistem HomeBusinessGo anda juga akan mendapat imbuhan. Sistem HomeBusinessGo ialah USD19.95 sebulan dan anda di bayar komisen USD10 setiap seorang.

Jadi walaupun ada yang tidak berminat dengan MLM anda , anda masih boleh membuat sale kepada prospek anda dengan memberikan sistem penajaan HomeBusinessGo.

Think Smart, Plan Smart - Front end sale, Back end sale . Kalau nakkan sesuatu di dalam Bahasa Malaysia, jadilah affiliate Rahsia MLM ...

Jumpa anda di Puncak Kejayaan !

Khairul Aza

Do You Want to Dance with me & Smart Naco >>> click here

Wednesday, January 24, 2007

A Date With Smart Naco - MS Garden Kuantan Pahang

Salam sejahtera semua,

Dah lama tak update blog.... Sabtu dan Ahad yang lepas saya ke Kuantan Pahang mengikuti program A Date with Smart Naco di sana di samping memberikan sokongan kepada rangkaian SST di Pantai Timur.

Program kali ini menarik sebab ada Pengarah dari Kementerian yang memberikan lesen jualan langsung turut serta. Dalam ucapan beliau yang ringkas tapi jelas, beliau menyatakan jualan dari aktiviti jualan langsung meningkat setiap tahun. Pada tahun 2006, jualan nya berjumlah RM6.6 billion. Ini menunjukkan potensi jualan langsung di Malaysia amat luas dan terus berkembang. Beliau turut mengiktiraf pelan pemasaran Smart Naco sebagai yang mengikut lunas akta jualan langsung.

Di samping itu mesej dari kementerian juga amat jelas bahawasanya terdapat 2 aktiviti yang telah mencemar industri jualan langsung iaitu aktiviti Skim Cepat Kaya era internet (money games) dan juga skim gores dan menang. Oleh itu, kementerian akan memmbentangkan pemindaan akta jualan langsung 1993 untuk membolehkan tindakan di ambil ke atas penganjur skim-skim cepat kaya.

Satu kemenangan buat agen-agen jualan langsung yang menjalankan aktiviti mereka secara jujur dan mengikuti undang-undang .....

Majlis di Kuantan meriah dengan persembahan dikir barat dari UM dan juga dari Sabri Yunos. Seramai 9 orang Presiden Direktor dari Pantai Timur di raikan termasuk 4 orang daripada mereka adalah dari rangkaian SST.

Jumpa anda di Puncak kejayaan.....

Dream Big, Think Big and Start Small

Khairul Aza

Monday, January 15, 2007

Banjir, Smart Naco dan Impian

Salam Sejahtera..... .

Alhamdulillah aku, Zul dan Ashrie selamat sampai ke Pulau Pinang jam 3:30 pagi. Terlewat sebab ada masalah kereta di Tapah R&R selama sejam.

Hari Sabtu jam 10 pagi berbekalkan semangat dan impian membina perniagaan Smart Naco bersama Smart Succes Team, kami bertolak dari Penang ke Johor Bahru. Harap2 tak hujan di sana dan semoga perjalanan kami lancar hari ini.

Ada juga beberapa rakan yang call beritahu berita yang terpampar di akhbar pada hari Sabtu tur mengatakan banjir di Johor semakin buruk. Tapi aku dah call Plus dan highway ok, belum ada lagi laporan di naiki air.

Di sepanjang jalan tur sebelum ke JB memang ada banjir di kiri kanan lebuhraya. Yang lebih bahaya sebenarnya ialah jalanraya highway yang berlubang-lubang di sana sini. Jadi pemanduan memang perlu berhati-hati sebab kalau silap-silap masuk lubang, boleh pecah tayar kereta.

Kami stay di Hotel Seri Malaysia, Larkin sahaja dan program Smart Naco akan di buat di Hotel Selesa. Jam berita 8 memaparkan suasana banjir yang amat dashyat tapi di sekitaran JB memang tak terjejas langsung, tiada banjir cuma jalan raya yang berlubang. Jadi kepada orang-orang yang tak ke sana memang tak tahu keadaaan sebenar.

Di hotel semua buka internet sahaja - liputan 3G dan edge dari maxis dan digi memang bagus. Laju macam streamyx jer. First SPD Zul dah lena dulu jam 9 malam (cepat nya tidur). PD Ashriee jam 12 dan aku masih ngan laptop sampai jam 1 pagi. Promote... promote...promote
Esoknya lunch di Pelangi Mall sebelum menuju ke Hotel Selesa. Sampai di sana belum ramai lagi orang yang datang cuma SPD Ishak, dan rakan - rakan dia dah ada dah. Team Rizal dan team dari Hj Rahman pun dah sampai.

Meriah sambutan Roadshow di Hotel Selesa. Ramai yang di raikan dan mendapat Kad PD mereka pada petang tersebut. Jam 5 petang majlis selesai. Yang bestnya ada 6 orang di jemput bercakap dan berkongsi pengalaman mereka. 3 daripada mereka adalah di bawah naungan Smart Success Team iaitu PD Khairul Rizal (my brother), PD M.Sharif dan SPD Azhar Ab wahab (zack).

Aku rasakan memang berbaloi majlis sebegini. Penuh dewan dan promosi produk baru berjalan dengan lancar. Kalau anda masih ingat dengan apa yang aku tulis tentang GIVE dan RECEIVE, kali ini giliran PD Ashriee pulak. 2 orang ahli baru masuk dan menyertai beliau dengan hanya SMS sahaja. Kedua-duanya dari jauh . Rasanya dari Kelantan dan Sabah. Itulah rahsia kejayaan GIVE and RECEIVE....

Alamak di Tapah R&R kereta aku buat hal pulak, bateri weak. Patutlah dah 2 kali alarm berbunyi semasa di Pelangi Mall dan di Tapah R&R. Nasib baik ada Plus punya telefon number (thanks Aza). Dalam sejam baru boleh jalan balik... tunggu jumper untuk jump-start bateri kereta tur.

Perjalanan balik di teruskan dan sampai kat rumah jam 3:30 pagi. Pagi tadi jam 11:30 aku start kereta nak check samada ok ke tidak. Alhamdullilah ok, so terus aku ke Millenium Mercedes .
Jam 1 ptg aku dah ada kat office di bandar perda sementara menunggu bateri baru.

Okay. Jumpa anda di puncak kejayaan.

Khairul Aza

Saturday, January 13, 2007

Dah Lama tak Update Blog Smart Naco dan Smart Success Team ini

Salam sejahtera ...

Sejak 2007 inilah peluang yang aku dapat untuk menulis di Blog ini. Sejak sambungan internet menjadi sekejap slow, sekejap okay, tak sempat aku nak menulis semasa sambungan nya okay. Inilah cabaran di awal 2007.

Sejak pulang dari Smart Start Training dari Kuala Lumpur pada 7hb jan yang lepas banyak aktiviti telah di jalankan. Aku juga sejak 2007 menggunakan Zig Ziglar's Achievement Planner dalam menyusun jadual aktiviti harian dan mingguan aku. Ada nampak peningkatan dari segi tindakan dan pelaksanaan. Sekurang-kurangnya aku boleh membuat strategi dengan lebih teratur.

Hari Isnin yang lepas, aku dan Md Noor menunggu seorang yang akan tiba dari Medan di Penang Airport. Kami tidak kenal beliau cuma mendapat referal dari rakan yang menyatakan ada yang berminat nak mendapatkan maklumat IgG-PLus pada petang isnin tur.
Akhirnya berjumpa dengan prospek itu di Airport . Sempat memberikan sedikit penerangan tentang Produk IgG-Plus dan peluang bisniss Smart Naco di Indonesia. Sementara menunggu rakan beliau yang akan datang dari Jakarta, dia bawa seorang lagi kenalan nya yang juga dari Medan bertemu kami. Mereka ini ke Malaysia atas tujuan bisniss lain, cuma kami saja yang ambil peluang ini untuk memberikan maklumat IgG-plus kepada mereka. Dengan masa yang ada kami dapati mereka sebelum ini juga memang pernah menyertai MLM , jadi mudah sikit lah kerja kami memberikan penerangan. Alhamdullilah, 2 borang lengkap pada petang Isnin itu juga.

Hari selasa aku ada appointment pulak dengan pelanggan Public Mutual aku di AutoCity, Prai. Maklumlah dah lama aku tak buat re-investmet mereka melalui skim pelaburan epf. Maklumlah sejak 2005, pendapatan aku dalam kerjaya sebagai Perunding Unit Trust hanyalah 5% daripada income aku. 95% adalah dari Smart Naco. Jadi fokus aku memang kuranglah.

Aku biasanya akan jumpa mereka kat Pelita Nasi Kandar AutoCity sebab ianya dekat dengan tempat kerja mereka. Jadi on the way mereka balik kerja, aku buat appointment kat situ. Boleh juga pekena roti canai, murtabak ataupun roti telur !

Borak punya borak, terkeluar pulak dari pelanggan aku tur samada aku ada peluang bisniss yang dia boleh sertai.... hhehehehehe. Apa lagi, kecil tapak tangan, VCD akan di hulurkan....

Teringat aku pada buku yang aku sedang baca sekarang ini... "Drinking Coffee, Telling Stories and Making Money.... " . Memamg itulah yang aku buat di Pelita Nasi Kandar tur. Hanya sekadar bercerita tentang kejayaan rakan-rakan yang telah menjalankan bisniss Smart Naco kepada mereka. Tidak langsung aku sentuh pasal pelan dan juga produk.

Oklah... sebelum maghrib habis, kena belah dari situlah.... nanti aku berikan VCD ... . Dalam hujan renyai-renyai , aku terus ke masjid Seberang Jaya nak menunaikan solat maghrib.

Tut..tut terserempak pulak dengan kawan lama kerja kat kilang dulu. Dia baru selesai solat. Aku sebenarnya awal petang tadi call dia, tapi telefon dah tiada dalam perkhidmatan. tut..tut jumpa pulak. AURA dan CHAKRA power la ! hahahaha. Dapat ambil nombor telefon dia yang baru. Itulah kadang-kadang bila kita FOKUS, Allah akan tunjukkan jalannya...asalkan dianya untuk kebaikan. Right ? aura dan chakra ....

Sejak balik dari SMart Start Training di KL ada 4 orang prospek dari Indonesia yang masuk web dan 2-3 orang dari Malaysia tanpa aku buat mana-mana promosi. Teringat pulak kat artikel dari Mike Litman tentang LAW of GIVING and RECEIVING. Selalunya bila aku buat bisniss Smart Naco dan keluar dari Pulau Pinang memang ada rezeki prospek yang masuk web. Give and Receive... .

Bila kita keluar buat bisniss dan membuat servis kepada rangkaian, kita memberi (GIVE) masa, tenaga dan wang ringgit dalam membina mereka. Jadi kita pula akan menerima (RECEIVE) dalam bentuk yang berbeza. Bagi kes aku, selalunya yang aku ingat PROSPEK.

So, jika anda tak aktif, tak ada aktiviti - jangan harap downline anda pun akan aktif - Minta maaf cakap IT IS TRUE.

Rabu dan Khamis mostly di SST Centre. Rabu ada con-call satu dunia.... . Khamis ada appointment dengan TAX consultant (maklumlah dah dapat borang dari LHDN) dan ada meeting di SST centre pada malam harinya.

Jumaat ... hari keluarga lah... . ITULAH yang PALING aku suka buat bisniss NETWORKING bersama Smart Naco sebab aku boleh pilih masa yang sesuai untuk aku MEMILIH MELAKUKAN APA SAJA TANPA ADA HALANGAN DARI ORANG LAIN (BOSS) .... tak ke hebat bisniss ini, kan ?

Alamak... Johor banjir pulak sekali lagi.... . ada A DATE WITH SMART NACO di JB 14 Jan.... . macam mana nak ke sana yer ?

Jumpa anda di PUNCAK KEJAYAAN ,

Khairul Aza

Buku yang di baca MINGGU INI :

1. Mengenali POTENSI DIRI - Alias Hj Muda

2. Drinking Coffee, Telling Stories and Making Money - Sim Quan Seng with Stephanie Sta Maria

KASET dan CD yang di dengar minggu ini :

1. Making the IMPOSSIBLE Possible - Tele seminar by Bob Proctor

2. Ubat Hati - 8 Penyucian Hati - Ustazah NorBahyah